Apabila menyebut bersunat pasti menjadi igauan dan detik yang menakutkan bagi seorang kanak-kanak lelaki yang melangkah ke alam dewasa.

Terbaru video seorang kanak-kanak lelaki menjadi viral kerana mengelak melalui ‘saat-saat mendebarkan’ itu dengan cara membuat pengsan secara tiba-tiba ketika berada di katil di bilik doktor.

@HaziqqSyafiqq/Twitter

Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, @HaziqqSyafiqq pada 5 julai itu disaksikan lebih 215,000 pengguna.

Malah video berdurasi 32 saat itu sangat mengujakan kerana terlalu kelakar dengan kanak-kanak berkenaan.

@HaziqqSyafiqq/Twitter

Di awal video, kanak-kanak lelaki menangis kerana ketakutan, dan dilihat cuba ditenangkan malah kelihatan seseorang yang mengelap peluh di muka kanak-kanak berkenaan.

@HaziqqSyafiqq/Twitter

Lebih menggamatkan suasana apabila dia secara tiba-tiba pengsan namun ditepuk oleh orang sekeliling  termasuk doctor yang bakal mengendalikan urusan sunat berkenaan.

Namun dalam keadaan kekalutan berkenaan, kanak-kanak lelaki berkenaan dilihat menjelir lidah kepada semua selepas merasakan semua yang berada di sekelilingnya mulai panik.

Malah turut didengari suara seorang lelaki yang dipercayai ibu bapa atau kanak-kanak berkenaan memanggil nama si anak itu berkali-kali.

Bagaimanapun video berkenaan bukan kejadian baru sebaliknya pernah disiarkan pada 25 Disember 2016 dan dipercayai berlaku di Batang Kali, Selangor.

Semoga kanak-kanak berkenaan menjadi anak yang berguna dan boleh berbakti kepada kedua orang tua apabila dewasa kelak.

Sumber: @HaziqqSyafiqq/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular