BANGKOK: Seorang pelakon wanita Korea Selatan berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun di Thailand kerana menangkap sejenis kerang gergasi yang dianggap spesies terancam, dalam satu rancangan realiti televisyen.

Lee Yeol-eum, 23 telah dirakam menyelam untuk menangkap kerang gergasi dalam salah satu episod rancangan The Law of the Jungle, program popular di Taman Negara Hat Chao Mai, Thailand, hujung bulan lalu.

allkpop

Hidupan laut itu disenaraikan sebagai spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang negara Thailand.

Penggambaran berkenaan secara jelas menyiarkan aksi-aksi Yeol Eum sedang menangkap kerang yang dilindungi pada 30 Jun lalu sekali gus mendedahkan salah laku pelakon jelita itu secara terang-terangan melakukan kesalahan yang didaftarkan di bawah spesies terancam di Thailand.

allkpop

Lebih jelas, menerusi pratonton dalam episod akan datang, penonton boleh melihat pelakon lain dalam program berkenaan menikmati kerang berkenaan.

Terdahulu 4 Julai lalu, media Thailand melaporkan bahawa tindakan produksi dan pelakon yang terlibat jelas menyalahi undang-undang kerana menangkap haiwan terancam yang dilindungi termasuk menggunakan bot atau melalui kaedah memancing untuk memburu hidupan bercangkerang itu.

allkpop

Sementara itu, Ketua Pengarah Taman Negara Hat Chao Mai, Narong Kongaid yang dipetik AFP sebagai berkata, pihaknya telah membuat dua laporan terhadap Yeol Eum atas tuduhan melanggar peraturan Taman Negara dan Undang-undang Perlindungan Haiwan Liar Thailand pada Rabu.

“Dia boleh dijatuhi hukuman lima tahun penjara,” kata Narong kepada AFP.

Tambah Narong, meskipun syarikat produksi itu telah memohon maaf, mereka tidak akan menarik balik aduan tersebut kerana tindakan itu diklasifikasikan sebagai kes jenayah.

Susulan laporan mengenai berita tersebut:

CNA/YouTube

Sumber: Astro Awani , Allkpop

Maybe you're interested :

Share

Video Popular