Pencemaran plastik telah menjadi masalah utama di dunia. Ada negara yang mengambil jalan mudah dengan menjual sisa plastik ke negara lain. Namun apa yang lebih mengejutkan ialah ada negara yang sanggup membeli sisa plastik tersebut dan menghapuskannya di negara sendiri.

Lantaran daripada masalah pencemaran plastik yang semakin meruncing ini, seorang pelajar dari University of Sussex mencipta penyelesaian yang dapat menghentikan masalah tersebut.

Lucy Hughes, 23 tahun yang kini sedang belajar di University of Sussex di United Kingdom, mendapat inspirasi dari laut apabila dia menghasilkan 100 peratus bahan terbiodegradasikan yang dikenali sebagai Marinatex.

Diciptakan dari sisik ikan, kulit ikan dan alga merah, Marinatex adalah bioplastic yang mempunyai potensi besar untuk menggantikan beg plastik konvensional yang banyak digunakan pada masa ini.

LadBible

Marinatex direka bentuk untuk bertindak sebagai alternatif mesra alam kepada filem plastik yang digunakan dalam pembungkusan makanan seperti kotak sandwic.

Tidak seperti plastik tipikal, bahan terbiodegradasikan ini dapat diuraikan dalam masa sebulan dan juga boleh dilupuskan melalui pengumpulan sisa makanan biasa.

LadBible

Menurut Lucy, dengan kaedah ini mereka dapat mencipta bahan yang konsisten, telus dan ‘seperti plastik’ dengan kitaran hayat yang lebih mesra alam dan produk yang sesuai untuk pembungkusan.

Lucy mendapat idea kreatif itu ketika dia mengunjungi perusahaan penangkapan ikan yang berpangkalan di Newhaven MCB Seafoods Ltd. Semasa lawatan itu dia mengenal pasti potensi dalam sisa organik dari industri perikanan.

Menurut Lucy, dia tahu sisa organik dapat menyediakan bahan yang boleh dipercayai dan tahan lama apabila digabungkan dengan biopolymer seperti alga merah.

LadBible

Selain daripada dapat dibiodegradasi sepenuhnya, kos menghasilkan Marinatex juga lebih murah dan tidak memerlukan sistem pelupusan kitar semula yang baharu. Sisa organik dari seekor ikan salmon Atlantik boleh digunakan untuk menghasilkan 1,400 beg Marinatex!

LadBible

Marinatex juga tahan lebih lama untuk digunakan sebagai alternatif kepada plastik dan Marinatex tidak membebaskan toksin ke dalam tanah apabila terurai. 

Kata Lucy lagi, dia yakin Marinatex mempunyai potensi besar dan boleh diperkenalkan ke pasaran pada separuh kedua tahun 2020.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular