- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Pegang anak kecil kencing di dalam tong sampah, tindakan wanita yang dipercayai pelancong itu meloyakan netizen

Kehidupan pada zaman moden dan serba canggih ini perlulah selari dengan pemikiran dan adab sesama manusia. Ianya perlulah seimbang dalam semua aspek. Namun, tidak semua individu pada zaman sekarang boleh berfikir secara logik dan cenderung untuk melakukan sesuatu diluar norma masyarakat.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi kenyataan pada akaun Facebook [1]nya, di mana dia menyaksikan satu kejadian yang sangat menjijikkan dan tindakan berkenaan membuatkannya ingin berkongsi kepada orang ramai.

Booking.com [2]

Ia berlaku apabila wanita berkenaan berada di pusat beli belah Imago, Kota Kinabalu apabila dia kemudian ternampak seorang wanita yang dipercayai seorang pelancong, sedang memegang seorang anak kecil dengan keadaan seluar kanak-kanak itu dibuka separuh.

Apa yang mengejutkannya adalah wanita berkenaan menyuruh kanak-kanak itu melepaskan ‘hajatnya’ – kencing di dalam tong sampah. Sungguh menjijikkan!

Menerusi kenyataannya, dia menjelaskan bahawa dia hanya mahu memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak menyentuh permukaan tong sampah berkenaan kerana ia mungkin telah tercemar dengan najis manusia.

Kenyataannya kemudian tular dengan dikongsi sebanyak 3,500 kali dalam masa kurang 24 jam! Menurutnya lagi, dia tidak bekesempatan untuk menegur ataupun memanggil pasukan keselamatan kerana begitu terkejut dengan tindakan tidak bermoral berkenaan.

Sungguh tidak disangka bahawa insiden itu berlaku berhampiran dengan eskalator di hadapan ramai orang. “Mudah sahaja, jika seseorang mahu membuang air kecil, maka perlu ke tandas. Jika dalam waktu kecemasan pun, gunakan beg plastik dan lakukannya di tempat tersorok,” tulisnya.

Wanita terbabit juga akan membawa perkara ini kepada pihak pengurusan Imago agar insiden ini tidak akan berulang. Dengan perkongsian wanita ini, diharapkan supaya anda diluar sana dapat elakkan daripada memegang apa-apa permukaan di tempat awam dan pastikan tangan sentiasa disapu cecair sanitasi ya!

Sumber: Bonnie Wong|Facebook [3]

loading...