Pasti ramai yang pernah menonton filem animasi Mulan yang mendapat inspirasi daripada kisah legenda tentang Hua Mulan. Filem terbitan Walt Disney Feature Animation yang ditayangkan pada tahun 1998 ini memaparkan Mulan yang menyamar sebagai lelaki untuk menjadi tentera China bagi menggantikan bapanya yang tidak sihat.

We Heart It

Berita baik untuk peminat Mulan, Disney akan menghasilkan semula filem animasi ini dengan memaparkan aksi lakonan pelakon sebenar dan dijangka bakal ditayangkan di pawagam seluruh Amerika dan United Kingdom pada Mac tahun hadapan!

Filem arahan Niki Caro ini dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Liu Yifei (Mulan), Jet Li (Maharaja), Tzi Ma (Hua Zhou), Donnie Yen (Komander Tung), Li Gong (Xian Lang) dan ramai lagi..

Polygon

Apa yang membezakan filem kali ini dengan filem animasi versi 1998 adalah ianya langsung tidak bertemakan muzikal tetapi lebih memaparkan aksi-aksi akrobatik dan pertarungan pedang.

SlashFilm

Pasti akan menjadi satu filem yang epik sekali gus mampu bersaing dengan filem-filem aksi lain!

Sumber: Polygoncnet

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN

Video Popular