Pencinta durian dan kebanyakan orang akan bersetuju bahawa amalan meminum air atau air garam dari ruas kulit durian dapat menghilangkan rasa panas selepas memakan durian yang banyak.

Akan tetapi, sejauh mana kebenaran amalan ini atau ia hanya mitos semata-mata?

Dan seorang netizen berhujah bahawa amalan yang diturunkan daripada nenek moyang itu sebenarnya adalah berdasarkan fakta. 

Seorang netizen dalam laman Twitter bertanya mengapa amalan meminum air dari ruas kulit durian boleh menjadi penawar atau antidot untuk membuat anda berasa sejuk seperti mempunyai relau di dalam diri selepas memakan berulas-ulas durian. 

@pineabul/Twitter

Seorang netizen bernama @syafawaniiiii menjelaskan bahawa terdapat kandungan kimia tertentu dalam durian yang sama seperti bawang putih atau rempah tertentu yang memberi anda rasa tidak selesa selepas makan sesuatu yang pedas.

Bahan kimia ini mengaktifkan TRPA 1 atau ‘transient receptor potential ankyrin 1’, yang membuat kita berasa sakit, sejuk dan gatal seperti mahu demam.

“Penyembuhannya ialah dengan cara mengalirkan air ke atas kulit untuk minum yang akan melepaskan ‘aldehydes’ (electrophilic) dalam kulit itu yang bertindak balas dengan sebatian sulfur, meneutralkan sebatian itu sebelum ia dapat merangsang reaksi panas dalam tubuh anda.”

Fakta sains yang perlu dilihat dan seorang pakar perubatan tradisional cina dari Raffles Chinese Medicine, Chew Hong Gian mengesahkan perkara ini dengan berkata amalan meminum air garam dapat mengurangkan toksin, kepanasan dan beberapa kesan yang tidak diingini selepas makan durian.

8Days

Walau bagaimanapun, beliau berkata ini adalah sebahagian besar yang disebabkan oleh air garam itu sendiri, dan bukan daripada meminum air dari ruas kulit durian.

Sumber : @syafawaniiiii/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular