Beberapa hari yang lalu, seluruh pengguna internet ‘dikejutkan’ dengan rakaman yang menunjukkan seorang lelaki di China memandu kereta elektrik mainan di atas jalan raya sebenar.

一刻新闻【官方频道 欢迎订阅】/YouTube

Difahamkan bahawa kereta mainan itu dibeli oleh lelaki itu sendiri yang bernama Ye untuk diberikan kepada cucunya yang berusia 6 tahun.

Melalui rakaman kamera litar tertutup, dapat dilihat bagaimana Ye memandu kereta elektrik itu di atas jalan raya, seiring dengan kenderaan sebenar yang lain.

Sisi rakaman kamera yang lain pula menunjukkan bagaimana Ye tidak melepasi pagar automatik khas untuk kenderaan dan kemudiannya memilih untuk memandu di laluan pejalan kaki.

一刻新闻【官方频道 欢迎订阅】/YouTube

Yang lucunya, ada beberapa saat dimana kereta mainan yang dipandu Ye tersekat dan dia terpaksa bangun dan membetulkan kedudukan keretanya. Terhibur dibuatnya!

一刻新闻【官方频道 欢迎订阅】/YouTube

Kejadian ini dilaporkan berlaku pada 23 Jun yang lalu apabila Ye sedang menemani cucunya untuk bermain kereta mainan di kawasan perumahan dan tiba-tiba Ye menerima panggilan dari pejabatnya untuk bekerja lebih masa.

Oleh kerana Ye enggan bersusah-payah pulang ke rumah untuk mengambil keretanya, Ye memutuskan untuk terus memandu kereta mainan cucunya untuk pergi ke pejabat.

Ye berkata: “Pada masa itu, keputusan itu memang terlalu impulsif, dan ada juga kemungkinan bersikap subjektif, jadi saya tidak mempertimbangkan dengan serius kemungkinan akibat tingkah laku ini.”

一刻新闻【官方频道 欢迎订阅】/YouTube

Tindakan Ye yang tidak berfikir secara masak-masak itu akhirnya menyebabkan Ye ditahan oleh pihak polis dan Ye mengakui bahawa tindakannya itu boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

一刻新闻【官方频道 欢迎订阅】/YouTube

Oleh itu, Polis Baoshan telah menahan kereta mainan Ye mengikut peruntukan Perkara 74 Peraturan Pengurusan Lalu lintas Jalan Raya Perbandaran Shanghai.

Pada masa yang sama, Ye juga didenda 1,000 yuan (RM 601) di bawah undang-undang yang melibatkan “pengangkutan jenis lain yang tidak mendaftar di jalan raya akan dikenakan hukuman yang lebih berat”.

Susulan rakaman mengenai situasi tersebut:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular