Resipi sambal tumis pastinya akan menaikkan selera makan sesiapa sahaja yang kebiasaannya menjadi lauk utama dalam penyediaan nasi lemak.Sambal tumis kegemaran ramai sudah pasti menggunakan ikan bilis.

Sambal tumis ikan bilis amat mudah disediakan dan jika dimasak dengan teknik yang betul akan menjadi lauk sampingan yang mampu bertahan lama dan boleh disimpan untuk jangka masa beberapa hari atau bulan.

Ikuti perkongsian resipi sambal tumis ikan bilis tular oleh seorang netizen bernama Koi Salz Eimas atau Kak Koi di laman Facebook yang memasak sambal tumis mengikut resipi arwah ibu mentuanya, Mak Anjang Zaimah yang mewarisi resipi keluarga secara turun temurun.

RESIPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS TURUN TEMURUN.

Petua manghasilkan sambal tumis paling enak dan mampu tahan lama.

1.SAMBAL YANG SEDAP DAN BETUL-BETUL MASAK MESTI BERWARNA MERAH AGAK PEKAT, BUKAN BERWARNA MERAH CERAH.

2.SAMBAL TUMIS YANG BETUL-BETUL MASAK IALAH APABILA MINYAK NAIK KE ATAS.

3.PERLU RENEHKAN SAMBAL SELEPAS SUDAH MEMASUKKAN KESEMUA BAHAN SEBELUM MENUTUP API.

4.SAMBAL PERLU BETUL-BETUL MASAK SUPAYA ANDA YANG MAKAN TIDAK AKAN MENGALAMI SAKIT PERUT.

5.SAMBAL TUMIS IKAN BILIS INI BOLEH DISEJUK BEKU DAN TAHAN BERBULAN LAMANYA APABILA DIMASAK DENGAN TEKNIK YANG BETUL.

BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAAN UNTUK MEMBUAT SAMBAL TUMIS IKAN BILIS MAK ANJANG ZAIMAH

Bahan-bahan utama.

Cili kering dalam 2 genggam yang sudah direndam dengan air.

Bawang besar 2 biji.

Bawang putih 3 ulas besar.

Kisar kesemua bahan dengan sedikit air dan letak sesudu minyak masak.

Cara-cara penyediaan dan bahan-bahan lain.

1. Panaskan minyak dan lihat sehingga kuali sudah sedikit berasap. Tumis 1 sudu gula pasir UNTUK JADIKAN GULA HANGUS ATAU KARAMEL. 

2. Terus kacau dengan laju sampai gula menjadi coklat membentuk karamel dan terus masukkan cili yang dikisar tadi.

3. Kacau sampai naik minyak dan cili menjadi garing. Masukkan ikan bilis ( Kak Koi suka ikan bilis mata biru dari Sabah) dan 2 biji bawang besar yang dihiris lebar.

Untuk perhatian: Ikan bilis tidak perlu di goreng. Selepas cuci, biarkan sahaja. Tunggu sahaja gilirannya dimasukkan ke dalam sambal apabila tiba masanya ketika cili sudah betul-betul masak.

4. Kacau kesemua bahan sampai sebati, masukkan air yang sama paras dengan ikan bilis dan bawang tadi. Kecilkan api dan biar sambal mereneh.

5 .Apabila sambal sudah kelihatan mahu mengering, masukkan air asam jawa,1 sudu kecil garam (mengikut rasa), sedikit serbuk perasa (jika suka) serta 1/4 potongan gula melaka atau gula kabung. Sambal perlu manis sikit. Kalau tidak suka manis itu bukan sambal ikan bilis Kak Koi. Bubuh gula pasir dalam sukatan 2 sudu besar atau lebih mengikut suka. Bergantung kepada selera masing-masing.

6. Kacau lagi sampai kesemua bahan dalam sambal tumis menjadi larut. Perlu diingat, jangan besarkan api pada waktu ini, guna api yang kecil. Jika nampak sambal itu agak kering, masukkan sedikit air panas. Biar nampak ia macam cair atau berkuah sedikit.

7. Tunggu sampai naik minyak merah sambal ya. Besarkan api dan kacau serta balik-balikkan seketika. Selepas itu tutupkan api.

Sambal tumis ikan bilis sudah siap. Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular