Penyanyi rap Malaysia, Bunga semakin dikenali dan mendapat tempat di hati ramai orang. Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari berusia 19 tahun berasal dari Perak.

Sebelum dikenali, Bunga sering memuat naik rakaman-rakaman lagu rap yang dinyanyikannya ke Youtube. Tertarik dengan bakat anak muda ini, pengurus Joe Flizzow menghubungi dan menawarkan Bunga untuk turut serta di dalam persembahan 16 Baris.

Menariknya tentang Bunga ialah dia merupakan penyanyi rap wanita yang bertudung dan memakai baju kurung. Memang pada mulanya dia menerima kecaman mengenai gaya penampilannya namun dia tidak mudah melatah.

“Saya tidak boleh melompat begitu banyak ketika memakai baju kurung.” kata Bunga.

Selepas muncul dalam satu persembahan ‘Pesta Raya’ di Singapura pada minggu lalu, Bunga telah dihubungi agensi berita yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Associated Press.

Katanya kepada agensi berita tersebut, dia adalah bukti wanita bertudung boleh menyanyi rap yang mana bidang tersebut didominasi oleh golongan lelaki.

“Saya menyedari bahawa ada lebih banyak wanita bertudung yang mahu menyanyi rap, saya fikir itu adalah perkara yang baik kerana anda tidak perlu risau tentang apa yang dikatakan oleh orang lain,” kata Bunga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bisu Tapi Selamat (@bungaisme) on

Menurut Bunga lagi, menjadi seorang penyanyi rap tidak bermaksud dia perlu berkelakuan seperti lelaki atau bercakap kasar. 

Mari dengarkan rap daripada Bunga dalam video yang telah ditonton lebih daripada 1.4 juta kali berikut.

16Baris/YouTube

Sumber: Says16Baris/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular