Rasanya kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa pengeluaran ubat-ubatan serta pengambilannya adalah tertakluk di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Walaupun terdapat golongan yang mengakui amat arif dalam penghasilan ubat alternatif berunsur herba dan tradisional misalnya, mereka masih tertakluk di bawah peruntukan undang-undang seperti Akta Jualan Dadah 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, di samping beberapa peruntukan undang-undang kecil yang lain.

Perkara penting yang perlu diketahui oleh pengeluar ubat-ubatan, mereka berada di bawah kawalan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (BRFN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ORANG KITA sabah sarawak-OKss/ Facebook

Baru-baru ini, seorang netizen di Facebook mendedahkan bagaimana seorang peniaga ubat menjual ubat penawar kepada beberapa penyakit kronik secara terbuka di pasar tamu di Kota Marudu, Sabah. Apa yang mengejutkan harganya sangat mahal mengalahkan harga emas. Peniaga tersebut juga mendakwa ubat yang dijualnya mujarab dan mampu memulihkan penyakit.

Ubat paling mahal yang dijual di pasar malam itu ialah ubat bagi penyakit HIV yang berharga RM35,000. Bungkusan di dalam plastik biasa dan labelnya ditulis tangan tanpa apa-apa perakuan dan nombor lesen pendaftaran yang dikeluarkan oleh KKM.

Peniaga ubat pasar malam ini juga menjual ubat bagi penyakit buah pinggang yang sudah rosak pada harga RM1,350. Bukankah buah pinggang yang sudah rosak perlu menjalani rawatan dialisis dan pesakit yang kronik perlu menjalani pendermaan organ untuk pulih?

Satu lagi ubat luar biasa yang dijual ialah ubat penyembuh penyakit demam denggi berdarah yang berharga RM1,500. Jika kita mendapatkan rawatan di hospital selepas didapati menghidap demam denggi, bayarannya mungkin kurang daripada RM1,500.

Kita memahami sesetengah pihak akan berusaha mengubati penyakit yang dihadapi dengan mencuba rawatan atau memakan ubat alternatif, tetapi hanya selepas mendapatkan nasihat doktor pakar dan ahli farmasi yang bertauliah. 

Pengambilan ubat-ubatan seperti yang dijual di pasar malam harus ditolak kerana kita tidak mengetahui sumber dan cara penghasilannya. Ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan anda yang memakannya.

Sumber : ORANG KITA sabah sarawak-OKss/ Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular