Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seekor ‘tetamu’ gergasi yang tidak diundang dirakam memanjat pagar sebuah kediaman yang didakwa terletak di Johor.

Facebook

Penghuni kediaman itu yang ternyata sangat terkejut dengan kedatangan biawak gergasi itu sempat merakam beberapa keping gambar kejadian dan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial dengan menulis, “Anda mungkin ada memelihara anjing di rumah tetapi di sini saya mempunyai buaya ‘kecil’!”

Facebook

Sekali pandang, sememangnya biawak yang besar ini boleh disalah anggap sebagai anak buaya. Dengan saiznya yang agak besar untuk biawak dan warna kulitnya yang mirip warna kulit buaya, pasti ramai yang berasa gerun dengan haiwan ini.

Malah, dua ekor anjing di kawasan kejiranan turut datang untuk ‘menyiasat’ tetamu yang aneh pada mata mereka itu.

Facebook

Facebook

Walau bagaimanapun, insiden ini ternyata menjadi bualan ramai dan menjadi salah satu bahan hiburan para pengguna internet apabila mereka mula menambah dialog yang kononnya diucapkan oleh biawak yang ‘tergantung’ di pagar kediaman itu. Lucu!

Facebook

Menurut komen, dimaklumkan bahawa akhirnya biawak itu berjaya melarikan diri melalui longkang ketika anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat cuba untuk menangkapnya.

Facebook

Sumber: World of Buzz, Long Cherng Yee | Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular