PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian seorang wanita di Johor Bahru baru-baru ini bukan berpunca pencemaran di Pasir Gudang sebaliknya disebabkan masalah jantung.

Dr Dzulkefly Ahmad | Facebook

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, wanita berkenaan merupakan seorang penghidap penyakit kronik, terutama penyakit hipertensi (darah tinggi) selama 10 tahun.

“Wanita itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) Jumaat lalu (5 Julai) kerana mengalami gejala kesukaran bernafas dan batuk selama tiga hari, bengkak di bahagian kaki dan demam selama sehari.

“Arwah telah dimasukkan ke dalam wad, di mana pemeriksaan mendapati arwah berada dalam keadaan akut (acute) iaitu tekanan darah yang sangat tinggi serta kadar pernafasan yang tinggi (sesak nafas),” katanya yang dipetik Bernama.


Sehubungan itu Dr. Dzulkefly menegaskan, punca kematian Marini Kasman, 38,  bukan disebabkan oleh isu pencemaran di Pasir Gudang.

“Pasukan perubatan yang merawat berusaha sedaya upaya memberikan rawatan kepada beliau, namun keadaan kesihatannya menjadi semakin serius dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.20 pagi dengan penyebab kematian sebagai ‘decompensated heart failure’.

“Berdasarkan presentasi klinikal, gejala yang dialami serta hasil pemeriksaan atau ujian berkaitan menunjukkan wanita berkenaan mengalami kegagalan jantung dan fungsi jantung yang merudum akibat masalah kesihatan yang kronik,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada suami serta ahli keluarga bersimpati terhadap apa yang sedang mereka lalui.

Terdahulu, tular di laman sosial berhubung kematian Marini Kasman yang didakwa disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di Pasir Gudang.

Malah, semakan laporan di HSIJB mendapati tiada rekod yang mengesahkan wanita berkenaan mendapatkan rawatan semasa kejadian di Sungai Kim Kim atau sejak 20 Jun lalu, iaitu apabila terdapat laporan kejadian pelajar sekolah sesak nafas di Pasir Gudang.

Orang ramai, pihak media dan juga pihak lain adalah dinasihatkan supaya menghormati perasaan keluarga wanita terbabit serta mengelak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau tidak benar,” katanya

 

Sumber: Berita harian, BernamaDr Dzulkefly Ahmad | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular