TEXAS – Seorang wanita yang didapati menjilat sebekas ais krim sebelum meletakkan semula di dalam peti ais di sebuah pasaraya bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 20 tahun.

Muncul satu video yang merakamkan insiden berkenaan, di mana ia melibatkan seorang wanita yang digelar ‘Penjilat Lufkin’ telah tular di laman Twitter dan rakaman berkenaan telah disaksikan lebih 11 juta kali semenjak ia dimuat turun.

Pihak polis telah mengesahkan identiti wanita berkenaan yang dilihat berada di luar pasaraya Walmart cawangan Lufkin, Texas pada sekitar jam malam pada 28 Jun lalu, sebelum mengeluarkan waran tangkap kerana melakukan kesalahan darjah kedua yang mengganggu produk pengguna.

Dakwaan tersebut membawa kepada dua bentuk hukuman iaitu 20 tahun penjara bersama-sama dengan denda sehingga $10,000 (RM41,435) berdasarkan kepada Kanun Keseksaan Texas.

Pihak polis juga sedang mencari seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab merakamkan video tersebut kerana menerusi video itu, kedengaran lelaki terbabit menggalakkan wanita itu untuk menjilat ais krim Blue Bell di dalam bekas dan meletakkannya semula di dalam peti ais.

Menerusi sosial media, wanita yang mendakwa bahawa dirinya suspek berkata bahawa dia mengalami selesema apabila dia menjilat ais krim berkenaan dan mencabar orang lain untuk memuat naik video masing-masing melakukan aksi yang sama.

Gambar Hiasan | Jamie Squire/Getty Images

Pengarah Keselamatan Lufkin, Gerald Williamson, berkata, “Keutamaan kami adalah keselamatan pelanggan. Dengan itu, kami gembira melihat produk yang tercemar itu dikeluarkan daripada rak.”

“Kami terkejut ada individu yang melakukan tindakan sebegini. Kami mengambil serius perkara ini dan menganggapnya  sebagai satu jenayah”, tambahnya.

Dalam satu kenyataan, polis Lufkin mengesahkan bahawa jenayah itu boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan berkata jabatan itu sedang berunding dengan Food and Drug Administration (FDA) atas kemungkinan dakwaan persekutuan.

Blue Bell pula menjelaskan bahawa pihak mereka telah mengambil semula bekas ais krim yang dipercayai telah tercemar, selain menarik balik setengah gelen daripada produk mereka yang dijual di Walmart Lufkin.

Gambar Hiasan | Jamie Squire/Getty Images

“Kami sangat mementingkan kualiti ais krim yang kami hasilkan dan kami bekerja keras untuk mendapatkan keyakinan para pelanggan kami. Gangguan terhadap makanan adalah satu perkara yang serius.”

Kami tidak akan bertoleransi dengan gangguan terhadap produk kami. Kami berterima kasih kepada para pelanggan yang memaklumkan kami dan memberi kami maklumat,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat Blue Bell.

Syarikat itu juga telah menambah setengah gelen produk mereka yang baru dan masih lagi ditutup secara semula jadi menerusi proses pembekuan. Ini bermakna, segala cubaan untuk membuka bekas ais krim tersebut akan disedari oleh pengguna.

Sumber: independent.co.uk

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular