LOS ANGELES: Pelakon Cameron Boyce yang terkenal dengan wataknya dalam filem terbitan Disney ‘Descendants’ disahkan meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Gambar Hiasan | Jon Kopaloff/Getty Images

Memetik ABC News, berita kematian remaja berusia 20 tahun itu disahkan oleh keluarganya sendiri menerusi Instagram.

Dalam laporan berkenaan, punca utama kematian pelakon muda itu adalah disebabkan oleh masalah kesihatan.

“Dengan penuh dukacita, kami laporkan bahawa Cameron telah meninggal dunia pada pagi ini (Ahad),” umum seorang jurucakap yang mewakili keluarga Boyce.

“Dia meninggal dunia dalam tidurnya akibat serangan sawan yang disebabkan oleh masalah kesihatan, yang mana dia telah menerima rawatan perubatan untuk menanganinya.” katanya yang dipetik Astro Awani.

Berita tersebut mengejutkan ramai peminat seluruh dunia sehingga ia menjadi trending di laman Twitter.

Rata-ratanya meluahkan kesedihan dengan perkhabaran tersebut dan berasakan industri hiburan kehilangan seorang anak seni berbakat besar

Sebelum ini, pelakon muda itu banyak terlibat untuk program-program amal, termasuk menyertai Biden Courage Awards pada Mac lalu anjuran bekas Naib Presiden Joe Biden.

Pelakon muda itu turut dihormati dengan Pioneering Spirit Award di Thirst Gala pada tahun lepas atas usahanya mengumpul dana sebanyak AS$30,000 (RM124,077) untuk membina telaga yang menyalurkan air bersih di Swaziland.

Bintang itu yang berasal dari Los Angeles, terlibat dalam dunia lakonan sejak kecil lagi iaitu di usia 9 tahun sebagai pelakon dalam filem ngeri ‘Mirrors’.

Namanya mula mendapat perhatian peminat pada tahun 2015 dan 2017 menerusi siri filem Descendants.

Namun, Cameron menunjukkan bakatnya dalam siri televisyen Disney ‘Jessie’ sebagai watak bernama Luke Ross yang berlangsung selama 4 musim.

Sumber: Astro Awani, Abcnews.com

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN

Video Popular