Setiap bakal ibu bapa pasti akan membuat persiapan lebih awal untuk menyambut kelahiran bayi mereka.

Selain pakaian, katil, mainan, barang mandian bayi, nama bayi juga merupakan antara perkara awal yang turut dibincangkan oleh ibu bapa. Pasti nama-nama yang menarik menjadi pilihan seisi keluarga.

Antara nama bayi yang menarik dan unik ialah Google. Bayi lelaki yang bernama Google itu dilahirkan pada 30 November tahun lalu merupakan anak kedua kepada pasangan suami isteri dari Indonesia, Andi Cahya Saputra, 31 dan Ella Karina, 27.

batampos

Bayi Gooogle telah mendapat perhatian ramai termasuklah syarikat Google sendiri. Menerusi laporan Coconuts Jakarta, syarikat Google telah menghubungi Andi untuk memberikan kejutan.

Syarikat Google telah menghantar hadiah istimewa menerusi perkhidmatan teksi ke rumah keluarga tersebut di Bekasi, Indonesia.

astroawani

“Syarikat Google mengucapkan tahniah kepada kami serta mendoakan supaya bayi Google menjadi insan yang berguna dan akan membantu ramai orang apabila besar kelak,” kata Andi.

Walau bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tidak berkongsi apakah hadiah istimewa yang diberikan oleh syarikat Google.

megapolitan

Menurut laporan berita tempatan Indonesia, Andi dan Ella mempunyai pilihan nama lain seperti Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan sebagainya untuk bayi mereka. Namun akhirnya mereka sepakat untuk meletakkan nama Google buat bayi kedua mereka tersebut.

Mereka berharap apabila dewasa kelak bayi Google akan menjadi pemimpin dan suka membantu orang.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular