KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 hadirin yang menghadiri Majlis Makan Malam Gala kelab Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Mary, Kuala Lumpur Sabtu lalu terhibur dengan gesekan istimewa biola oleh Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Pada majlis berkenaan, isteri Tun Dr. Mahathir itu mempersembahkan tiga lagu iaitu ‘Secret Garden’, ‘You Raise Me Up’ dan ‘Que Sera Sera’ diiringi guru biolanya, Winnie Cheah serta pemain piano, Nor Raina Yeong Abdullah ternyata memukau hadirin.

Lebih menarik hadirin memberikan tepukan gemuruh sambil berdiri sebagai tanda penghormatan.

Dr. Siti Hasmah yang merupakan alumni sekolah berkenaan ketika berucap berkata, beliau berhenti bermian biola ketika usianya 16 tahun hanya semata-mata mahu memberikan tumpuan kepada pengajian sebelum kembali ‘aktif’ semula di usia 86 tahun.

“Ia membuktikan usia tidak menghalang sesiapa sahaja daripada mengejar impian,” katanya.

Pada majlis berkenaan, isteri Perdana Menteri itu berkongsi kenangan semasa menjadi pelajar di SMK St Mary ketika beliau menduduki peperiksaan kertas akhir ‘Senior Cambridge Examination’ pada 1941.

“Pada hari itu, bom dijatuhkan ke Singapura serta di Pulau Pinang dan tentera Jepun menyeberangi sempadan ke Kelantan.

“Pengalaman ini dapat dilihat dalam tema majlis makan malam gala ini iaitu ‘United and Strong: Past and Present’,” katanya.

Pada majlis berkenaan wanita yang bakal menyambut hari kelahiran ke-93 pada 12 Julai ini turut menerima kejutan sempena ulang tahun kelahirannya.

Sementara itu, Presiden Kelab Alumni SMK St Mary, Cynthia Wan Mai Gan berkata, majlis makan malam gala yang bertujuan mengumpul dana bagi SMK St Mary dan Sekolah Rendah (SK) St Mary berkenaan.

Malah lebih mengujakan hasil majlis makan malam berkenaan pihak pengurusan berjaya mengumpul dana lebih RM140,000.

“Dana ini diperlukan untuk operasi Pusat Seni Hospitaliti dan Kulinari Saleha (SHCAC) di SMK St Mary, termasuk menggaji guru yang mengajar memasak.

“Manakala dan bagi SK St Mary pula, dana berkenaan diperlukan bagi membolehkan pelajar mempunyai pengalaman pembelajaran yang lebih efektif,” katanya.

Menurutnya lagi, SHCAC dibuka tiga tahun lalu dan dinamakan sempena nama Tan Sri Dr. Siti Saleha Mohd Ali, yang juga merupakan kakak kepada Dr. Siti Hasmah.

Dr. Siti Saleha merupakan alumni (SMK) St. Mary, Kuala Lumpur.

Sumber: The Star, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular