Baru-baru ini, laman Facebook rasmi Pusat Racun Negara mengingatkan orang ramai untuk tidak mencampurkan bahan pencuci kerana tindakan ini boleh mengakibatkan keracunan gas klorin.

Menurut kiriman yang dimuat naik pada 2 Julai itu, seorang suri rumah telah terkena keracunan gas klorin selepas mencampurkan dua jenis bahan pencuci di rumah. Gas klorin ini terhasil dari tindak balas kimia di dalam bahan pencuci yang mempunyai unsur asas klorin.

Gambar sekadar hiasan/Torsten Schorn/Fotolia.com

Sebagai contoh, daripada komentar yang ditinggalkan oleh salah seorang pengguna Facebook pada kiriman itu, Mukarramah Mustapa, menyatakan bahawa seorang suri rumah menerima kesan buruk keracunan ini setelah mencampurkan cecair peluntur yang mengandungi sodium hipoklorit dengan cecair pencuci lantai yang mengandungi asid hidroklorik. Secara amnya, kedua-dua bahan dalam pencuci ini adalah asas klorin dan boleh mengakibatkan pelepasan gas klorin.

Pusat Racun Negara/Facebook

Gas klorin lazimnya berwarna kuning kehijauan dan boleh mengakibatkan batuk, sesak nafas, sakit dada, rasa pedih pada tekak, loya, muntah-muntah, pening, sakit kepala dan pelbagai simptom lain yang lebih serius jika terdedah dengan gas klorin dalam masa yang lama.

Pusat Racun Negara/Facebook

Berikutan perkongsian itu, ramai pengguna Facebook yang turut berkongsi pengalaman mereka yang berdepan dengan simptom-simptom yang dinyatakan dan menyebabkan mereka berasa insaf.

Pusat Racun Negara/Facebook

Pusat Racun Negara/Facebook

Pusat Racun Negara/Facebook

Oleh itu, semua pengguna dinasihatkan untuk tidak sewenang-wenangnya mencampur-adukkan beberapa jenis bahan pencuci walau untuk apa-apa tujuan pun kerana tindakan ini hanya akan memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling.

Walau bagaimanapun, jika anda tetap mahu mencampurkan bahan pencuci ketika mencuci rumah, anda boleh memilih untuk mencampurkan bahan yang lebih terjamin dan sihat seperti pencuci yang berasaskan bahan semula jadi atau organik. 

Sumber: Pusat Racun Negara/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular