Bintang pop Amerika Syarikat, Maggie Lindemann, 21, mendakwa telah ditahan pada 21 Jun lalu di Kuala Lumpur ketika sedang mengadakan persembahan di sebuah pusat membeli-belah selepas pihak berkuasa mendapati bahawa beliau tidak mempunyai permit yang sah.

Maggie Lindemann/Instagram

Melalui sebuah kiriman yang dimuat naik di laman Instagramnya, Maggie memohon maaf kepada semua peminatnya di Malaysia dan mendakwa bahawa beliau telah ditahan selama lima hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAGGIE LINDEMANN (@maggielindemann) on

Maggie Lindemann/Instagram

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam, berkata bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Pretty Girl’ itu telah ditahan kerana gagal mendapatkan permit sah bagi artis yang membuat persembahan di Malaysia.

“Jika dia mahu membuat persembahan di negara kita, dia perlu memohon pas persembahan.

“Malangnya, pihak penganjur tidak mendengar nasihat dan tetap meneruskan persembahan,” katanya kepada AFP.

Harian Metro

Tambahnya, tindakan menahan penyanyi itu juga diambil setelah mendapat maklumat dan mengatakan bahawa Maggie telah dibebaskan pada hari berikutnya sekaligus menafikan dakwaan penyanyi itu yang mengatakan bahawa dirinya telah ditahan selama lima hari.

“Dia telah ditahan di Jalan Duta (pejabat Imigresen KL) untuk tujuan pendokumentasian, dan dibebaskan dengan ikat jamin pada hari berikutnya,” kata Hamidi yang dipetik dari The Star.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAGGIE LINDEMANN (@maggielindemann) on

Maggie Lindemann/Instagram

Di samping itu, pihak penganjur persembahan itu juga mengaku bersalah di Mahkamah dan telah didenda sebanyak RM 30,000.

Berikutan insiden ini, Maggie dilaporkan telah membatalkan persembahan jelajah Asia yang dijadualkan akan berlangsung di Singapura dan Vietnam.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular