Baru-baru ini, dua pasukan koir Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM Chamber Choir (UCC) dan UiTM Women’s Chorale (UCS), dilaporkan telah menjulang tiga pingat emas di Festival Muzik & Pertandingan Koir Antarabangsa Copernicus “Per Musicam ad Astra” ke-7 di Poland.

Facebook

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Dr Mohd Azraai Kassim, kedua-dua pasukan koir universiti itu telah memenangi kesemua tiga kategori yang disertai. Kategori-kategorinya adalah kategori Campuran Koir dan Cerita Rakyat yang dimenangi oleh UCC, dan kategori Koir Perempuan yang dimenangi oleh UCS. 

Disamping kemenangan itu, mereka juga memenangi dua anugerah khas; Hadiah Khas Penonton dan anugerah Grand Prix of All Volunteers.

Facebook

Menurut World of Buzz, Hadiah Khas Penonton diterima selepas foto berkumpulan pasukan koir ini mendapat lebih daripada 7,500 sukaan di laman Facebook. Bagi penerimaan Anugerah Grand Prix of All Volunteers pula, pasukan ini terpilih hasil undian para sukarelawan yang mengendalikan program tersebut.

Pertandingan yang diadakan dari 29 Jun hingga 3 Julai di Poland itu disertai oleh 52 pasukan koir dari seluruh dunia. Daripada 52 pasukan ini, hanya 12 pasukan sahaja yang berjaya melepasi ke peringkat akhir, iaitu Poland, Latvia, Lithuania, Taiwan, Filipina, Indonesia, Afrika Selatan dan Malaysia.

UiTM Chamber Choir/Facebook

Sepanjang pertandingan, UCC telah mempersembahkan tiga buah lagu di Concert Friendship dan mempertandingkan 11 buah lagu (tempatan dan antarabangsa) sepanjang pertandingan.

Menurut Naib Canselor UiTM, pasukan koir UCC seterusnya akan dihantar untuk bertanding dalam pertandingan “Johannes Brahms Choir Festival and Competition” di Wernigerode, Jerman, yang berlangsung dari 3 hingga 7 Julai.

Tahniah, kami rakyat Malaysia sangat berbangga!

Sumber: World of BuzzNew Straits Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular