Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita seorang budak lelaki berusia 12 tahun bertindak merogol kanak-kanak berusia 4 tahun. Berita tersebut pasti telah mengejutkan orang ramai terutamanya ibu bapa.

Kejadian yang tidak disangka tersebut berlaku di rumah pengasuh yang dikatakan telah menjaga mangsa sejak bulan Oktober 2017.

Anak pengasuh yang baru berusia 12 tahun telah bertindak merogol mangsa dan budak lelaki tersebut dikatakan terpengaruh dengan video lucah yang ditontonnya di telefon bimbit.

Dalam era teknologi yang semakin canggih ini, tidak dinafikan kanak-kanak seawal 2 tahun sudah didedahkan dengan gajet.

Oleh itu, kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bermain telefon pintar tanpa pengawasan ibu bapa. Tanpa pengawasan ibu bapa, kanak-kanak akan bebas menggunakan telefon bimbit untuk apa sahaja tujuan dan pada bila-bila masa.

Seorang pengguna Facebook, Azmuhaini Aini telah berkongsi satu aplikasi yang penting untuk digunakan oleh ibu bapa untuk mengawasi dan memantau aktiviti serta penggunaan telefon bimbit anak masing-masing.

Berikut adalah perkongsiannya:

Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan. Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua. Dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget. Yerlah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar. Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.

App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak. Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerja sekolah.

Tapi semua ada limit.

Untuk ibu bapa di luar sana, boleh install aplikasi ini yang dinamakan ‘Google Family Link for parents’.

 Azmuhaini Aini | Facebook

App ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. contoh dia tengah online ke. dia tengah tengok youtube ke. tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.

Azmuhaini Aini | Facebook

App ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. so sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.

Azmuhaini Aini | Facebook

Aplikasi ini perlu anda install di telefon anda terlebih dahulu. Selepas itu, install juga di telefon anak-anak. Barulah boleh awasi setiap aktiviti mereka.

Azmuhaini Aini | Facebook

1) Application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye. nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan. Untuk hp parent kena install google family link for parent. Dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens.

2) Anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun. kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.

3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. game pun boleh kawal.

4) Semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.

Di bawah juga merupakan contoh kalau telefon tak boleh digunakan lagi. haa kakak dia suh tidoq time ni. so dia hanya boleh guna emergency sahaja. iaitu call. parent access tu yang code tadi lah.

Azmuhaini Aini | Facebook

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular