Ketika berada di dalam bilik bersalin atau labour room, isteri memerlukan sokongan sepenuhnya daripada suami bagi menghadapi saat melahirkan anak. Jadi, bukan isteri seorang sahaja yang perlu bersedia. Suami juga harus bersedia untuk memberi sokongan kepada isteri.

Peranan suami amat besar dan penting ketika menemani isteri di dalam bilik bersalin. Jadi anda juga harus memastikan diri anda bersedia untuk berada di dalam dewan bersalin.

Setiap ibu pasti bersetuju bahawa sakit ketika bersalin merupakan sakit yang sukar untuk digambarkan. Rasa sakit kontraksi ketika bersalin adalah amat sakit. Oleh itu, sokongan daripada suami adalah sangat bermakna. 

Menurut The Asian Parent, penyebab utama sakit ketika bersalin terbahagi kepada beberapa faktor iaitu kekuatan kontraksi yang bertambah dari masa ke semasa, induce di mana kekuatan kontraksi menjadi lebih kuat, saiz bayi, kedudukan bayi pada pelvik dan sebagainya.

Seorang pengguna Twitter, @MILINAMILIN telah berkongsi pengalaman menemani isterinya di dalam bilik bersalin. Dia juga menerangkan kepentingan para suami untuk mengetahui bagaimana cara untuk mengawal keadaan ketika isteri sedang menahan sakit kontraksi.

@MILINAMILIN | Twitter

@MILINAMILIN | Twitter

Menurutnya, anda boleh jangkakan bila kontraksi akan berlaku dengan melihat mesin yang terletak di sebelah katil

@MILINAMILIN | Twitter

Berikut adalah nasihat dan tips yang dikongsikan olehnya:

@MILINAMILIN | Twitter

Suami juga boleh cuba bergurau atau melawak ketika isteri bersalin, dapat membuatkan si isteri tenang dan melupakan kesakitan yang dihadapi

@MILINAMILIN | Twitter

Si suami boleh periksa tangan, kesan calar atau rasa sakit selepas digenggam kuat oleh si isteri

@MILINAMILIN | Twitter

Sebagai suami, anda perlu memberi kata-kata positif pada isteri. Tenaga yang hilang akan kembali jika melihat semangat positif suami dalam membantu isteri menghadapi kesakitan secara langsung juga membantu mempermudahkan proses kelahiran.

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular