Pada malam 3 Julai, ketiga-tiga aplikasi Facebook, Whatsapp dan Instagram didapati mengalami masalah gangguan teknikal dan ini menyebabkan syarikat gergasi rangkaian sosial Facebook mengeluarkan kenyataan khas berhubung isu tersebut.

Walaupun ketiga-tiga laman media sosial dan aplikasi berkenaan sudah pun kembali normal seperti sedia kala, akan tetapi pihak syarikat tampil untuk memohon maaf ekoran kesulitan yang dialami oleh semua pengguna mereka.

“Pagi ini (malam Rabu), pengguna dan usahawan juga mengalami masalah untuk memuat naik atau menghantar imej, video dan fail lain pada aplikasi dan platform kami”.

“Isu ini telah pun diselesaikan dan kami memberi jaminan 100% agar pengguna kembali ke laman kami. Kami minta maaf atas segala kesulitan”, tulis satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Facebook di Twitter.

Twitter

Masalah teknikal terbabit membuatkan rata-rata pengguna merungut meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat memuat naik gambar, video mahupun mengemaskini status pada kedua-dua laman sosial tersebut.

Pemeriksaan pada laman Down Detector mendedahkan bahawa Instagram menerima sebanyak 1,481 aduan, Facebook pula sebanyak 48 aduan dan Whatsapp menerima sejumlah 254 aduan, yang meningkat daripada semasa ke semasa.

Selain daripada Malaysia dan Indonesia, gangguan teknikal itu turut berlaku di seluruh dunia. Antara negara lain yang mengalami laporan paling tinggi terjejas ialah Amerika Syarikat (bahagian Timur), Eropah dan Brazil.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share

Video Popular