Filem komedi White Chicks yang ditayangkan pada tahun 2004 nampaknya akan memiliki sekuel. Filem yang menggabungkan dua individu yang terkenal dalam dunia komedi iaitu Marlon Wayans dan Shawn Wayans berjaya menambat hati ramai orang dengan menampilkan jalan cerita dan komedi yang melucukan.

Terry Crews pada minggu ini mengesahkan filem White Chicks 2 bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi. Perkara itu disahkan olehnya ketika dia menjadi tetamu dalam rancangan televisyen, Watch What Happens Live with Andy Colen

Terry Crews mendedahkan bahawa dia telah bercakap dengan Shawn Wayans tentang sekuel filem tersebut dan Shawn Wayans nampaknya bersetuju untuk menjayakan sekuel kedua filem tersebut.

Dalam filem White Chicks, Terry Crews sebagai Latrell Spencer memainkan watak sebagai seorang pemain bola keranjang profesional yang sangat tertarik pada Tiffany Wilson, ketika itu Marcus Copeland menyamar sebagai Tiffany Wilson.

Babak yang paling Terry Crews tidak dapat lupa adalah ketika dia menyanyikan lagu ‘A Thousand Miles’ oleh Vanessa Carlton untuk memikat Tiffany.

Setakat ini filem sekuel komedi ini masih lagi di peringkat awal dimana tarikh tayangan masih belum disahkan. Selepas 15 tahun orang ramai mengharapkan sekuel terbaru daripada filem ini. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan telatah Brittany dan Tiffany Wilson dalam White Chicks 2.

Sumber: EliteReaders

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular