Ramai individu yang begitu sayangkan kucing. Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang manja dan merupakan peneman manusia yang baik. Bagi pencinta kucing, pasti ada niat di hati untuk membuka pusat perlindungan kucing. Bukan sahaja dapat melihat dan melayan aksi mereka, bahkan dapat memberikan perlindungan dan berbuat baik semasa makhluk.

Facebook

Akan tetapi, kos untuk melaksanakannya agak tinggi. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan seperti makanan, pasir, susu, ruang yang sesuai, kos rawatan dan vaksin serta pelbagai lagi. Justeru, ada sahaja individu mulia di luar sana yang akan mendermakan wang mereka kepada pusat jagaan.

Namun sejauh mana kita mengetahui bahawa wang yang didermakan telah disalurkan dengan betul kepada kucing-kucing di pusat jagaan tersebut? Boleh sahaja pemiliknya menipu dengan mengatakan bahawa kesemua wang itu dihabiskan untuk kebajikan kucing yang dijaga, tetapi hakikatnya?

Facebook

Kes sedemikian sebenarnya boleh berlaku dan kisah itu telah dikongsikan oleh Fransisca Romana daripada Animal Lovers Independent Rescuer (ALIR), yang telah tular menerusi satu video di Facebook Live berkenaan dengan pusat jagaan kucing di Tuaran, Kota Kinabalu.

Di dalam video tersebut, Fransisca telah melawat ke Melissa Cat Shelter (MCS), di mana di sana dia melihat keadaan kucing-kucing yang sungguh sadis dan tidak dapat dilupakannya.

Kucing di sana dibiarkan kebuluran dan kekurangan gizi, dan ada beberapa ekor yang tidak mampu bertahan dan mati. Sementara ada yang sudah mereput sepenuhnya dan hanya tinggal tulang.

Ia amat perit untuk diterima kerana pemilik MCS, Melissa telah meminta derma dan menerima sejumlah dana untuk operasi pusat jagaan tersebut semenjak hari pertama ia dibuka pada tahun 2017. Nampaknya, wang derma yang diterimanya tidak digunakan langsung untuk menjaga kebajikan kucing-kucing berkenaan.

Ekoran daripada itu, Fransisca telah membuat laporan polis terhadap Melissa dan dia telah menyelamatkan 50 ekor kucing yang masih hidup di MCS, walaupun terpaksa membina ruang perlindungan tambahan kerana kapasiti ALIR sudah penuh dengan 150 ekor kucing.

Facebook

Pendedahan ini telah membuatkan individu yang pernah menderma kepada Melissa untuk bergabung tenaga bersama Fransisca di laman sosial untuk membawa pemilik MCS yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan dengan membuat laporan polis.

Difahamkan bahawa Fransisca telah mengajak Melissa berjumpa di balai polis di mana dia boleh meminta maaf atas perbuatannya seterusnya menyelesaikan kes ini secepat mungkin.

Pihak polis walau bagaimanapun masih menjejaki lokasi Melissa dan memutuskan untuk fokus kepada siasatan terhadap pengabaian haiwan memandangkan laporan polis dibuat berdasarkan dakwaan tersebut.

Secara ringkasnya, Animal Lovers Independent Rescue (ALIR) telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan sehingga kini masih lagi memerlukan sukarelawan dan derma daripada orang ramai, tambahan pula dengan penambahan 50 ekor kucing daripada MCS. Sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan, boleh hubungi rakan sekerja Fransisca di ALIR, Aldrin menerusi talian 013-8885060.

Jadi, sebelum menderma, anda dinasihati untuk memastikan kesahihan sesebuah organisasi ataupun badan itu terlebih dahulu. Setidak-tidaknya, anda terima laporan bagaimana wang yang disalurkan itu dibelanjakan oleh pihak organisasi.

Sumber: World of Buzz, Fransisca Romana | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Uncategorized

Video Popular