Mulai 3 Julai, kedai serbaneka FamilyMart menjual aiskrim edisi terhad berperisa garam laut.

Dengan harga serendah RM 2.90 untuk setiap satu, para pencinta aiskrim boleh menikmati pencuci mulut yang menyegarkan ini yang diperbuat dari Garam Laut Mediterranean.

FamilyMart Malaysia/Facebook

Menurut laman Facebook FamilyMart, warna biru pada aiskrim itu berasal dari pewarna semulajadi yang diperbuat dari ekstrak spirulina.

Tarikh akhir jualan aiskrim garam laut ini akan diumumkan pada suatu masa akan datang, lapor SAYS.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by m!sS Ma! (@mai1288) on

mai1288/Instagram

Para peminat aiskrim juga mempunyai pilihan untuk memilih kon biasa atau kon coklat ‘hitam’ edisi terhad, dengan sebarang perisa aiskrim untuk harga yang sama.

Dengan cuaca yang panas di Malaysia kini, sememangnya sesuai untuk kita menikmati kelazatan aiskrim berperisa garam laut yang tidak terlalu manis, digabungkan pula dengan kon aiskrim berperisa koko yang menyelerakan. Selamat mencuba!

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular