Sebuah taman di Sichuan, China terpaksa ditutup sehingga penghujung tahun 2019 selepas ramai pengunjung mencuri bunga teratai yang terdapat di situ.

Weibo

Menurut South China Morning Post, Taman Eko dan Budaya Longqiao itu berkeluasan 250,000 meter persegi dan dipenuhi oleh pokok bunga teratai.

Menurut pihak pengurusan taman, sepatutnya taman tersebut akan dibuka semula selepas kerja-kerja penambahbaikan yang bermula pada bulan Mac lalu. Walau bagaimanapun, kini tarikh pembukaan semula taman tersebut terpaksa ditangguhkan selepas “beratus-ratus” pengunjung menceroboh masuk ke taman untuk mencuri bunga teratai.

Weibo

Weibo

Gambar dari laman Weibo menunjukkan pengunjung memanjat pagar atau membuat lubang pada pagar taman dan memotong bunga teratai.

Weibo

Seorang kakitangan di taman berkenaan berkata bahawa walaupun tindakan keselamatan seperti rondaan pengawal keselamatan telah dijalankan, namun pengunjung tetap mencuri bunga.

“Kami tidak dapat mengawal kemasukan pengunjung,” katanya.

Weibo

Beliau menambah bahawa kini hanya terdapat sedikit sahaja harapan yang tinggal untuk pembukaan semula taman itu kerana hampir tidak ada bunga teratai yang tertinggal di situ.

Weibo

Dianggarkan kira-kira 200 hingga 300 orang masih menceroboh masuk ke taman, mungkin untuk memburu lebihan bunga teratai yang masih ada.

Sumber: Mothership, South China Morning Post

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular