Baru-baru ini, tularnya sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita menjilat aiskrim Blue Bell di sebuah pasaraya sebelum meletakkannya kembali ke tempat penyimpanan sejuk beku. Video yang mengundang kecaman berjuta-juta warganet ini turut mendapat perhatian daripada pihak Blue Bell Creameries sendiri.

Video yang dimuat naik pada Sabtu lalu oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai ‘Optimis Primal’ ini turut didatangkan dengan kapsyen:

“Tingkahlaku psikopatik apakah ini?!

Sejak penularan video berkenaan di Twitter, sejumlah 64,400 ‘likes’ dan 27,200 ‘retweet’ berjaya diraih. Rata-rata warganet memberikan kecaman hebat terhadap tindakan tidak bermoral wanita tersebut. Ada yang meminta agar pihak berwajib segera menahan wanita terbabit dan ada juga yang mempersoalkan mengapa bekas aiskrim itu tidak ditutup.

Pada masa yang sama, pihak syarikat Blue Bell Creameries turut memberi respon mengenai kejadian tersebut dan berjanji akan menyiasat perkata terbabit selain akan mengenakan tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Twitter

“Insiden seperti ini tidak akan dipandang ringan,” jelas kenyataan syarikat dari Texas ini.

“Semasa penghasilan produk, setengah gelen diterbalikkan dan dihantar ke bilik pengerasan di mana aiskrim-aiskrim ini akan membeku sehingga ke paras penutup bagi menghasilkan penutup semula jadi. Penutup bekas dibekukan dengan ketat bersama karton. Sebarang cubaan untuk membuka produk pasti akan dikesan dengan mudah”.

Tambah kenyataan syarikat lagi, “Keselamatan makanan adalah keutamaan utama dan kami bekerja keras untuk menghasilkan produk yang selamat dan mengekalkan keyakinan serta kepercayaan tinggi daripada pelanggan kami”.

Dalam kejadian ini, tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu meninggalkan kedai berkenaan selepas menjilat aiskrim berperisa Tin Roof itu atau di mana video berkenaan dirakamkan.

Sumber: USA Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular