LONDON: Putera bongsu pemerintah Sharjah, Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi dilaporkan meninggal dunia, menurut Pejabat Media Sharjah.

Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari apabila jenazah Khalid tiba dari London.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH Shk Dr Sultan AlQasimi (@hhshkdrsultan) on

Menurut Kementerian Hal Ehwal Presiden, bendera akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung tersebut.

Sementara itu menerusi laman sosial Instagram, baginda juga turut mengumumkan pemergian putera bongsu yang berusia 39 tahun itu.

“Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi berada dalam jagaan Tuhan,” katanya menerusi entri Instagramnya yang dipetik Astro Awani.

Khalid merupakan seorang pereka fesyen yang bertapak di United Kingdom dan juga merupakan pemilik bersama jenama Qasimi Homme.

Pembabitan beliau dalam dunia fesyen melebihi 10 tahun lalu dan mula bertapak sejak 2008.

Khalid sebelum ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Tonbridge di Kent, England sebelum melanjutkan pengajian dalam pengajian bahasa Sepanyol dan Perancis di University College London.

Beliau juga merupakan graduan sarjana bidang seni bina di Association School of Architecture.

Kebolehan dalam bidang fesyen membolehkan fesyen rekaannya dipamerkan di Minggu Fesyen London dan Paris.

Sumber: Astro Awani, Sinar Harian

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular