LONDON: Masyarakat di selatan London dikejutkan dengan ‘kehadiran’ mayat seorang lelaki yang dipercayai penumpang sebuah pesawat Kenya Airways di sebuah laman rumah di selatan London, baru-baru ini.

Penemuan lelaki berkulit hitam berkenaan yang lengkap berpakaian itu berlaku di halaman rumah penduduk di Clapman, di selatan London.

Seorang penduduk di Clapham berkongsi detik berkata, mayat tersebut terjatuh di halaman rumahnya ketika dia sedang berjemur.

“Saya dengar satu dentuman kuat. Saya naik ke atas untuk melihat dari tingkap. Pada mulanya saya fikir orang gelandangan tidur di taman.

“Pakaiannya semua lengkap. Saya melihat dengan lebih dekat dan dapati ada darah di seluruh dinding di halaman rumah saya,” katanya yang enggan dikenali nama.

Sementara itu, polis London berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk setempat kira-kira  jam 3.39 petang Ahad lalu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya ketika tiba di rumah berkenaan dia melihat seorang lelaki berkulit hitam yang lengkap berpakaian yang dipercayai terhempas dari kedudukan yang tinggi.

“Pada ketika ini polis yakin penumpang yang dipercayai lelaki berkulit hitam itu terjatuh dari bahagian roda pesawat Kenya Air yang akan dalam perjalanan menuju ke London,”kata jurucakap polis dalam satu kenyataan yang dipetik Suara.com.

Syarikat penerbangan Kenya Airways pula mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan kemungkinan penumpang berkenaan terjatuh daripada gear pendaratan pesawat yang sedang terbang dalam perjalanan dari Nairobi ke Heathrow.

Pesawat Kenya Airways melalui perjalanan sejauh 6,839 kilometer dari Nairobi ke London yang mengambil masa selama lapan jam 50 minit.

Sumber: Astro Awani, Suara

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular