Majoriti anak gadis begitu sukakan benda yang berwarna merah jambu, bukan? Bayangkan kereta yang dilengkapi dengan kerusi dan aksesori merah jambu pada kereta, pasti mereka berasa benar-benar teruja! Buat pengetahuan anda, sebenarnya kereta bewarna merah jambu sudah dihasilkan di mana ia disasarkan buat golongan wanita.

Pada tahun 1955, Dodge telah memperkenalkan La Femme – sebuah kereta direka oleh lelaki khusus buat wanita

Dodge LaFemme ini menarik perhatian ekoran rekaan dan warna merah jambu yang begitu feminin, sudah tentulah ia menyasarkan kepada pengguna wanita

Penghasilannya sangat terperinci dan halus, dilengkapi juga dengan aksesori lain seperti payung, beg dan bekas menyimpan gincu bewarna merah jambu

Walaupun menerima perhatian, namun golongan wanita ketika itu tidak begitu berminat untuk memilikinya. Kereta berkenaan difahamkan hanya dibiarkan sahaja di dalam bilik pameran sehingga berhabuk. Daripada situ, Dodge kemudian menukar strategi daripada merah jambu kepada model kereta berikutnya.

Akan tetapi mereka masih memasang karpet merah jambu di dalamnya dan menggunakan cat bewarna lavender pada bahagian dalamnya agar ia masih lagi mengekalkan reka bentuk feminin yang asal

Walaupun tidak lagi menyertakan beg, aksesori lain seperti payung dan baju hujan masih lagi dikekalkan. Mungkin itu yang menyebabkan model tahun 1956 ini tidak begitu laku. Hanya 1,500 buah kereta berjaya terjual manakala selebihnya ditinggalkan berhabuk di dalam bilik pameran.

Beg berkenaan pada asalnya direka dengan pemegang istimewa pada bahagian belakang kerusi hadapan dan ia sepatutnya menghasilkan ‘keystone’ pada kereta apabila diletakkan.

Eksperimen yang dijalankan ini membuatkan pengusaha memikirkan semula strategi berdasarkan jantina dan keperluan untuk berhenti mengharapkan ia pembelian besar seperti kereta.

Sumber: BoredPanda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular