Lipas adalah salah satu serangga yang ‘ditakuti’ oleh ramai orang. Sebenarnya, ia bukanlah perasaan takut semata-mata tetapi lebih kepada rasa geli terhadap serangga tersebut yang dianggap menjijikkan. Namun begitu, tahukah anda bahawa sebenarnya lipas mampu membawa manfaat khususnya dalam bidang perubatan.

Indiatimes.com

Di Xichang yang terletak dalam wilayah Sichuan, terdapat sebuah kilang menternak lipas yang bertujuan untuk memproses serangga itu sebagai ubat. Dalam tempoh setahun, kilang ini berjaya menternak hampir enam bilion lipas sekali gus menjadikannya sebagai kilang lipas terbesar di dunia!

Ruptly TV Image

Menurut pengurus kilang berkenaan iaitu Geng Nengfu, lipas dewasa terutamanya lipas Amerika atau ‘Periplaneta Americana’ dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan sebagai ubat.

Ruptly TV Image

“Periplaneta Americana (lipas Amerika) mempunyai ciri-ciri ‘butterfly spot’ dan juga leher putih yang boleh dijadikan sebagai ubat. Lebih daripada 2,000 tahun lipas jenis ini dijadikan sebagai ubat”.

Ruptly TV Image

Di kilang ini juga, setiap lipas dibiakkan di dalam tempat simpanan yang gelap di bawah suhu 10°C bagi mengekalkan khasiat dan daya tahannya. Lipas ini dikatakan memainkan peranan ‘terapeutik’ dan diproses menjadi produk ekstrak Kangfuxin.

Media tempatan turut melaporkan bahawa ini adalah pertama kali dalam sejarah di mana berbilion-bilion lipas diternak di dalam satu ruang yang sama.

Sumber: Bastille Post

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular