Setiap pengantin semestinya mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang bukan hanya diingati oleh mereka tetapi juga dikenang sebagai pengalaman yang terindah oleh tetamu yang hadir.

Pasangan pengantin juga pastinya menginginkan majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna. Segala senarai semak dibuat dengan teliti agar semuanya terurus dan berjalan seperti yang dirancang. Namun begitu, tidak semua yang dirancang berjalan dengan lancar.

Jimmy Fallon telah meminta pengikutnya di Twitter untuk berkongsikan pengalaman lucu atau pelik ketika menghadiri majlis perkahwinan.

Berikut adalah respon daripada netizen:

#1. “Pada majlis perkahwinan kali kedua rakan saya, saya memulakan ucapan dengan ‘selamat kembali semua’ dan rakan saya kelihatan tidak gembira”

yourbizsucks

#2. “Tiga orang nenek ini secara tidak disangka-sangka hadir ke majlis perkahwinan dengan memakai pakaian yang sama”

aacampisi

#3. “Saya sangkakan wajah saya tenang ketika melihat isteri saya berjalan di lorong, tetapi ini sebenarnya riak wajah saya”

Patrick_Neville

#4. “Saya pergi ke majlis perkahwinan di tepi pantai di Florida. Ketika pengantin perempuan berjalan di lorong, kawanan burung camar berterbangan di atas para tetamu dan salah seekor daripadanya telah menjatuhkan kepala ikan di atas ibu pengantin perempuan”

IamIshIsh1

#5. “Saya menari dengan sepenuh hati sehingga seluar terkoyak…”

lifealertme

#6. “Pergi ke majlis perkahwinan di ladang. Majlis tersebut dicemari dengan bunyi seekor lembu yang sedang melahirkan anak di kandang berdekatan”

beer_stat

#7. “Saya ketahui bahawa pada detik ini saya telah lakukan sesuatu yang tidak kena…Dan terus tergelincir di tangga semasa kemasukan utama..Wajah isteri saya menggambarkan segalanya.”

princej92

#8. “Ibu mentua saya memakai pakaian pengantin ketika majlis perkahwinan saya”

AmyPennza

#9. Apabila abang anda mencium isterinya di majlis perkahwinan

codytveit

#10. “Rakan sekerja, sepupu dan makcik saya secara tidak sengaja memakai pakaian yang sama di majlis perkahwinan saya”

MelissaBCavazos

Sumber: BoredPanda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular