- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Gaji di Malaysia terlalu rendah sehingga pekerja dari Vietnam dan Indonesia menolak untuk bekerja di negara ini

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia ada membuat kenyataan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pekerja asing dari negara Afrika.

Ini kerana terdapat keperluan dari sektor perladangan yang mengalami masalah kekurangan tenaga kerja.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata ini kerana pekerja asing dari negara Vietnam dan Indonesia tidak lagi mahu bekerja di negara ini.

Miera Zulyana/Malay Mail [1]

Mengapa? Kerana gaji di Malaysia kini terlalu rendah.

Ia menjadi terlalu rendah sehingga kini kadar gaji di Malaysia sudah setanding dengan negara asal mereka, dan warga dari negara tersebut sudah berani mengatakan bahawa mereka lebih rela bekerja di negara asal masing-masing memandangkan nilai upah yang diterima tidaklah terlalu berbeza.

Malah, undang-undang di Malaysia menyatakan bahawa anda hanya perlu membayar sekurang-kurangnya RM900 sebulan jika anda ingin mengambil pembantu rumah dari Indonesia.

Selain itu, kos sara hidup di Malaysia kini semakin meningkat jika dibandingkan dengan kos sara hidup di Indonesia.

VIR [2]/Gambar Hiasan

Berikut adalah perbezaan harga secara umum di kedua negara Malaysia dan Indonesia, menurut Numbeo :

Seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail [1],  M. Kulasegaran berkata, “Saya telah berbincang dengan duta-duta negara Afrika baru-baru ini, dan mereka akan mendapatkan pandangan kerajaan masing-masing mengenai perkara ini.”

Tambah M.Kulasegaran, “Ini hanya permulaan, dan kita perlu melihat kesesuaian membawa pekerja asing dari negara-negara Afrika, kerana kementerian telah menerima permintaan daripada majikan yang mahukan pekerja dari negara-negara yang berkaitan untuk bekerja di sektor perladangan.”

AFP/ Astro Awani [3]

Menurutnya lagi, semua perjanjian terdahulu dengan negara Bangladesh telah tamat tempoh. Walau bagaimanapun, Malaysia berhasrat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kemasukan pekerja dari negara itu.

Apabila membaca berita ini, rakyat Malaysia berkongsi rasa tidak puas hati mereka, dengan mengatakan bahawa kerajaan perlu menumpukan usaha mereka untuk membantu bakat tempatan dan bukan mengimport pekerja dari negara lain.

Seorang netizen mengeluh dan memberi komen:

“Anda harus membantu mengurus masalah rakyat sendiri terlebih dahulu. Terdapat ramai rakyat Malaysia yang masih menganggur, bagaimana dengan nasib mereka? Selain itu, kerajaan juga harus menumpukan usaha untuk meningkatkan gaji asas kami. Kos sara hidup semakin meningkat dan menjadi lebih tinggi setiap tahun, tetapi gaji di kalangan graduan kita masih berada di takuk lama iaitu sekitar RM2,500 sejak 10 tahun yang lalu!”

Flickr [4]/ Gambar Hiasan

Manakala netizen ini menambah, “Gaji bulanan RM3,000 pada tahun 1997 bersamaan USD1,200, dan gaji bulanan yang sama 2 tahun kemudian, bersamaan USD789. Hari ini gaji masih sama RM3,000 sebulan, dan ia bersamaan USD714.20. Pendapatan bulanan dengan jumlah yang sama tetapi nilainya pada masa kini sudah jauh berbeza. Di sebalik tekad untuk terus maju ke hadapan, maka hakikatnya kita terus mundur ke belakang.”

Sumber : Malay Mail [1] , World of Buzz [5]

loading...