Baru-baru ini seorang pengguna Twitter, Nurul Nabillah Najwa telah berkongsi bagaimana dia dan bapanya dibantu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. 

Pada 27 Jun lalu, bapanya telah menjemputnya dengan menggunakan motosikal selepas dia menghadiri temu duga kerja di Bukit Jalil. Dalam perjalanan pulang ke rumah, perkara yang tidak diduga berlaku.

@belldybala_|Twitter

Motosikal bapanya telah kehabisan minyak dan mereka memutuskan untuk berehat seketika di perhentian bas diluar Pangsapuri Anggun untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan.

@belldybala_|Twitter

Mereka memutuskan untuk menolak motosikal tersebut ke stesen minyak berhampiran yang agak jauh dari situ. Bapanya menyuruhnya pulang ke rumah dengan menaiki LRT tetapi dia menolaknya kerana mahu menemani bapanya. 

@belldybala_|Twitter

Ketika baru sahaja menolak motosikal untuk pergi ke stesen minyak, seorang lelaki Cina keluar dari pangsapuri tersebut dan berjalan ke keretanya yang diletak di perhentian bas yang sama melihat bapanya sedang menolak motosikal.

Walaupun lelaki tersebut kelihatan seperti tergesa-gesa, dia tetap prihatin untuk bertanyakan bapa Nabillah apa yang berlaku. 

Selepas bapanya menjelaskan situasi mereka, Nabillah menulis bahawa lelaki itu menawarkan untuk membantu bapanya membeli petrol walaupun dia kelihatan seperti dia tergesa-gesa.

Bapanya berulang kali cuba menghulurkan wang kepadanya tetapi lelaki itu menjawab, “Aiya lepas beli ma”.

@belldybala_|Twitter

Lelaki tersebut menyuruh mereka tunggu 10 minit untuknya pergi ke stesen minyak. Selepas 10 minit, lelaki tersebut kembali dengan membawa tong minyak yang dianggarkan mempunyai petrol bernilai RM7.

Bapanya menghulurkan RM5 tetapi lelaki itu enggan menerimanya dan berkata, “Tak payah, saya tolong kamu hari ini nanti orang tolong saya punya”.

Tersentuh dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh lelaki itu, Nabillah mengakhiri ciapannya dengan berterima kasih kepada bapanya kerana membawanya ke temu duga kerja dan lelaki tersebut kerana membantu mereka.

Baca kisah penuh tersebut di bawah:


Sumber: @belldybala_|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular