Membawa haiwan peliharan berjalan sudah menjadi kebiasaan buat pencinta haiwan terutama yang memelihara kucing dan anjing. Tetapi tidak semua haiwan peliharaan yang menjadi kesayangan boleh menikmati keseronokan berjalan-jalan dengan pemiliknya tambahan pula sekiranya haiwan peliharaan itu adalah seekor ayam.

Baru-baru ini syarikat jualan atas talian terkenal, Amazon telah memperkenalkan abah-abah yang direka cipta khas untuk ayam yang boleh dikawal ketika anda membawanya berjalan-jalan.

Dunya News

Sekiranya anda tidak tinggal di ladang yang mempunyai reban dan kawasan lapang, memelihara ayam agak sukar kerana dia yang manja akan berada di dalam rumah anda di merata-rata tempat. Sekiranya anda sedang memikirkan cara untuk membantu ayam anda kekal sihat dan berotot kuat, Amazon menawarkan abah-abah ayam. Pemakaian aksesori ayam dengan alatan bertali khas yang membolehkan anda membawa ayam peliharaan kesayangan berjalan ke mana sahaja.

Ayam tidak akan terbang serta berjalan perlahan tetapi ia pasti menjadi trend memiliki dan menayangkan haiwan peliharaan baru.

Dunya News

Kajian dari Jabatan Pertanian Amerika Syarikat menunjukkan hampir satu peratus daripada seluruh penduduk Amerika Syarikat memiliki unggas sebagai haiwan peliharaan pada tahun 2013, dan yang lain mengatakan mereka berkemungkinan akan mendapatkan seekor unggas seperti burung atau ayam dalam tempoh 5 tahun.

Ini menjadikan sejumlah 13 juta penduduk Amerika Syarikat sama ada memiliki ayam atau unggas atau mahukannya pada waktu itu dan jumlahnya pasti sudah meningkat pada masa kini.

Dunya News

Kini, 93 peratus bandar di Amerika Syarikat membenarkan pemeliharaan unggas di belakang rumah. Maka tidak hairan semakin ramai pencinta unggas memelihara sama ada burung, ayam atau itik di belakang rumah mereka. Abah-abah ayam ini ditawarkan tepat pada masanya.

Seorang pelanggan yang telah mencuba abah-abah ayam memberi ulasan di Amazon dan menyatakan rasa berpuas hati dengan pembeliannya.

Dunya News

Tulisnya, “Saya memiliki ayam kesayangan yang saya tidak boleh tahan untuk memegangnya kerana dia begitu lembut dan menggelikan, dan sekarang saya boleh membawanya berjalan-jalan dengan abah-abah khas untuk ayam ini. Ia mengambil sedikit masa tetapi kini dia sudah biasa dengannya. Saya cuba membawanya berjalan di belakang rumah dan dia berasa gembira. Ayam yang gembira akan mengeluarkan telur yang gembira.”

Sumber : Dunya News

Maybe you're interested :

Share

Video Popular