Kisah dan berita mengenai filem terbesar Marvel iaitu ‘Avengers: Endgame’ nampak gayanya masih belum berakhir dan terbaharu, Marvel dan Disney menayangkan kembali Avengers: Endgame.

Menariknya tayangan kali ini dengan lebih 6 minit rakaman tambahan dalam usaha untuk melepasi filem blockbuster arahan James Cameron, Avatar, yang merupakan filem terlaris dalam sejarah.

Namun, filem epik berkenaan dikatakan masih gagal menandingi kutipan ‘Avatar’ biarpun ‘Endgame’ telah ditayangkan semula.

Setakat ini ‘Endgame’ berserta end credit hanya mampu memperoleh kutipan AS$7.8 juta malah masih jauh ketinggalan dengan jumlah keseluruhan kutipannya AS$2.76 bilion (RM11.4 bilion) berbanding Avatar AS$2.78bilion (RM11.5 bilion), sekaligus gagal mencapai misinya untuk mengatasi Avatar.

Nampaknya strategi Marvel untuk menambah keuntungan kurang menjadi kali ini.

Bagi yang sudah menonton Endgame berserta end credit, pastinya anda berasa sedikit kecewa kerana keseluruhan jalan cerita sebenarnya masih sama cuma ditambah dengan babak tribute untuk mendiang Stan Lee pada penghujungnya sahaja.

Pemerhati berpandangan terlalu sukar untuk Endgame memperoleh AS$27 juta lagi dalam masa terdekat.

Keadaan yang dihadapi Marvel itu berkemungkinan berpunca dengan terdedahnya video ‘post end credit’ di YouTube.

Video berdurasi 3.18 saat itu memaparkan dua ‘end credit’ secara keseluruhannya.

Selain itu, portal Deadline melaporkan, antara faktor utama Endgame tidak dapat mengatasi Avatar adalah kerana prestasi buruk dalam pasaran besar di luar Amerika Syarikat.

Sumber: Astro Awani, gempak

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular