Majoriti daripada kita amat sukakan hidangan air ‘bubble tea’ yang lazat, lebih-lebih lagi ketika dalam cuaca yang panas.

Menghirup sahaja minuman berkenaan, pasti hilang rasa dahaga, sementara menggigit-gigit ‘bubble’ yang kenyal itu. Nikmatnya!

Oleh kerana itu, maka tidak hairanlah sehingga ada wanita yang mahu melibatkan ‘bubble tea’ pada hari perkahwinannya. Shirley Hellos mengimpikan majlis perkahwinan yang indah bersama jejaka yang dicintainya, selain minuman ‘bubble tea’ dihidangkan.

Ternyata impiannya menjadi kenyataan. Dia telah berkongsikan beberapa foto perkahwinannya. Shirley juga sempat memberitahu bahawa dia bertambah gembira setelah dihidangkan Chatime ketika majlisnya itu.

subtle asian traits | Facebook

“Jangan biarkan impian anda kekal sebagai impian, lebih-lebih lagi ketika hari bahagia. Saya berkahwin pada 18 Mei lalu dan kami menjadikan perkahwinan ini bersama ‘bubble tea’ menjadi kenyataan”.

subtle asian traits | Facebook

Menurut Shirley, bagi mengekalkan kesegaran boba, mereka meminta Chatime tempatan berada di majlis untuk memenuhi keperluan tetamu. Dia mendedahkan bahawa minuman itu merupakan satu sensasi dalam kalangan mereka tetamu yang hadir.

“Berbeza dengan boba hangat yang lembik (seperti gambar yang anda lihat – tidak berais dan telah dibuat awal), kami meminta Chatime untuk melakukan katering secara langsung sewaktu minum koktail supaya tetamu dapat menikmati ‘bubble tea’ yang baru dibuat! Malah pengurus Chatime turut turun padang untuk menghidangkan minuman buat tetamu.”

subtle asian traits | Facebook

Kisah ini dikongsikan ke laman sosial lalu tular, sehingga menerima 18,000 reaksi. Ramai juga yang turut meninggalkan komen nama rakan masing-masing, dengan kata bahawa mereka juga mahu melakukan perkara yang sama untuk majlis perkahwinan mereka kelak.

“Hey, buat seperti ini ketika majlis kamu nanti,” tulis seorang pengguna sambil menandakan nama rakannya. “Saya mahu ini berlaku pada perkahwinan saya kelak,” komen pengguna lain.

Mungkin ia boleh dijadikan idea buat penggemar ‘bubble tea’ di Malaysia yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Pasti para tetamu yang berkunjung akan ingat sampai bila-bila!

Sumber: subtle asian traits | Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular