Semua orang tahu kebaikan yang dibawa oleh buah-buahan kepada tubuh badan manusia. Kita boleh mendapat pelbagai jenis nutrisi dengan memakan buah-buahan tertentu.

Walau bagaimanapun, kadang-kala kita juga mungkin menjadi bosan dengan pengambilan buah-buahan yang sama sahaja setiap hari.

Oleh sebab itulah, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda resipi salad buah-buahan yang sihat dan menyegarkan. Resipi Filipino Fruit Salad ini telah dikongsikan oleh Puan Marimar Mas melalui laman Facebooknya.

Menurutnya, resipi ini adalah resipi asli daripada warganegara Filipina yang dikenalinya di tempat kerja.

Selamat mencuba!

Marimar Mas/Facebook

Bahan-bahan:

  • 2 tin koktel buah 
  • 2 atau 3 sudu teh susu pekat
  • 2 buku keju cheddar (lebih banyak lebih sedap)
  • 3 tin krim berjenama Nestle (bahan wajib)
  • 1 tin corn kernel (bukan cream corn)
  • Buah-buahan segar

Marimar Mas/Facebook

Cara-cara:

1. Kupas dan potong buah

Kupas, basuh dan potong semua buah-buahan mengikut saiz yang sesuai untuk dimakan. Untuk buah seperti longan, kupaskan kulit dan buang biji di dalamnya terlebih dahulu agar mudah untuk dimakan.

2. Potong keju cheddar

Potong keju cheddar menjadi bentuk dadu.

3. Tapis koktel buah dan corn kernel

Keluarkan koktel buah dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.

4. Gaul krim, keju dan susu pekat

Campur dan gaulkan krim Nestle (boleh didapati di pasaraya seperti Aeon atau Giant), keju cheddar dan susu pekat. Kuantiti bagi krim perlulah bersesuaian dengan kuantiti buah-buahan.

Marimar Mas/Facebook

5. Masuk dan gaulkan buah-buahan

Campur semua buah-buahan dan gaul sehingga sebati.

Marimar Mas/Facebook

6. Sejukkan salad buah-buahan

Akhir sekali, tuang salad buah-buahan ke dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk kerana menu ini lebih sedap dimakan ketika sejuk.

Marimar Mas/Facebook

Selamat mencuba!

Sumber: Marimar Mas/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular