Negara kita memang kaya dengan makanan. Cakap sahaja makanan jenis apa, makanan kampung, makanan Cina, makanan India mahupun makanan barat, semuanya boleh didapati dengan mudah sekali.

Musim perayaan pula seakan-akan menjadi syurga makanan terutama buat mereka yang memang suka makan tidak kira apa jenis makanan. Ketika itulah banyak rumah terbuka diadakan dan sudah tentunya pelbagai juadah akan disediakan. Pada masa itulah ramai yang makan tanpa beringat sehingga ada yang terlebih makan!

Tidak salah menikmati hidangan kegemaran namun beringat-ingatlah. Jika anda terlebih makan, anda bukan sahaja boleh membuatkan berat badan bertambah malah ada beberapa kesan sampingan yang lain kepada kesihatan.

Berikut adalah 7 perubahan drastik pada tubuh jika anda makan berlebihan.

1. Perut anda menjadi ‘marah’

© Evil Erin / flickr

Makanan yang anda makan harus memberi anda tenaga dan apa-apa bahan yang tidak diperlukan badan seharusnya dikeluarkan daripada badan. Keseluruhan proses ini dipanggil pencernaan. Oleh itu, apabila anda makan terlalu banyak, badan akan menjadi terlalu sibuk. Ini boleh menyebabkan pergerakan usus yang kerap dan juga cirit-birit.

Cara makan juga boleh memberi kesan. Makan dengan perlahan dan kunyah makanan dengan baik adalah kunci untuk mengelakkan keadaan seperti ini. Namun begitu, jika anda menghadapi masalah ini, jangan lupa untuk menghidratkan badan anda kerana anda kehilangan banyak air semasa proses itu dan air kelapa antara minuman yang terbaik untuk menangani masalah seperti ini.

2. Tubuh terasa seperti ketika pertengahan musim panas

© Marine Corps Air Station Cherry Point

Sekiranya anda makan lebih banyak daripada yang biasa, metabolisme badan akan berputar. Kadar denyutan anda akan bertambah dan anda akan mula berpeluh dengan banyak seolah-olah anda berada di dalam sauna.

Malangnya, tidak ada apa yang boleh anda lakukan untuk menghentikan metabolisme yang berlebihan ini. Setelah metabolisme selesai bekerja barulah semua akan kembali normal.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan sedikit kelegaan, anda disarankan untuk mandi dengan air sejuk.

3. Banyak gas akan terbentuk di dalam perut anda

Apabila anda makan, anda menelan sedikit udara bersama makanan tersebut. Apabila anda menelan lebih banyak makanan, anda menelan lebih banyak angin. Kandungan angin pula boleh bertambah jika anda minum minuman berkarbonat semasa makan. Badan pula  akan menghasilkan gas apabila makanan dicerna.

Oleh itu, selagi angin di dalam badan tidak keluar anda akan berasa tidak selesa. Oleh itu, anda disyorkan untuk makan dengan perlahan dan kunyah makanan dengan baik. Namun, jika angin di dalam badan masih sukar keluar anda juga boleh melakukan jalan dengan laju supaya semua gas dalam badan dapat dikeluarkan daripada perut.

4. Anda sering berasa tidak sihat

© Bastian / flickr

Terdapat kepercayaan yang mengatakan bahawa makan boleh membuat anda merasa mengantuk, tetapi sebenarnya adalah jika anda makan berlebihan anda akan menjadi lebh sukar untuk tidur kerana sering berasa gelisah.

Makan berlebihan juga boleh membuatkan waktu tidur anda berubah. Makanan tinggi karbohidrat pula tetap akan buatkan anda bangun di tengah makan kerana lapar apabila kandungan gula dalam badan menurun apabila waktu malam.

Perkara terbaik yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keadaan seperti ini daripada berlaku ialah dengan berhenti makan sebelum tidur. Tetapi jika anda sudah terlebih makan, tutup semua lampu dan pasang penyaman udara untuk membantu anda tidur.

5. Mula rasa pening

© TheeErin / flickr

Selain mengalami masalah sukar untuk tidur selepas makan berlebihan, anda juga berkemungkinan akan mengalami masalah pening kepala.

Perkara ini boleh berlaku kerana untuk mencerna makanan, metabolisme menjadi lebih laju begitu juga dengan kadar denyutan jantung. Apa yang boleh dilakukan untuk melegakan sakit kepala ialah dengan minum air dan berehat sehinggalah sakit itu hilang.

6. Anda mudah berasa gugup, cepat marah dan tidak boleh fokus.

© Linsenhejhej / Wikimedia Commons

Apabila anda makan terlalu banyak, tubuh melepaskan insulin hormon untuk menyimpan gula berlebihan untuk digunakan apabila gula dalam darah anda rendah atau ketika anda memerlukan lebih banyak tenaga antara makanan atau semasa latihan. Hal ini akan menyebabkan kandungan gula dalam tubuh berkurang dengan drastik sehingga membuatkan tubuh anda berasa tidak selesa. 

Walau bagaimanapun, hormon ini akan menyebabkan anda akan berasa lapar walaupun selepas makan terlalu banyak. Ini adalah mekanisme badan untuk mengembalikan jumlah gula yang diperlukan dalam aliran darah. Tetapi jangan terikut-ikut dengan selera itu. Adalah lebih baik jika anda makan sayur-sayuran hijau atau telur yang boleh mengurangkan rasa lapar. Apa yang penting jangan makan makanan ringan yang semestinya tidak sihat!

7. Perut anda tiba-tiba menjadi buncit 

© THOMAS~commonswiki / Wikimedia Commons

Perubahan yang paling ketara berlaku terhadap anda ialah peningkatan pada perut anda. Anda mungkin menganggap seluar anda telah mengecil tetapi sebenarnya perut anda telah buncit! Tetapi apabila makanan telah dicerna, perut akan menyusut kembali kepada saiz yang normal.

Cara paling mudah untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku adalah dengan makan secara perlahan. Makan secara perlahan bukan sahaja akan membolehkan anda untuk menikmati hidangan anda, tetapi juga akan memberikan masa yang cukup untuk otak anda mendpat maklumat bahawa anda sebenarnya sudah kenyang dan sudah masanya untuk berhenti makan.

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular