Tiada apa yang lebih mengembirakan seorang anak melainkan dapat melihat senyuman bangga pada wajah orang tua atas kejayaan mereka.

Anak-anak tahu betapa banyaknya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa untuk membesarkan mereka sejak kecil, memberikan pendidikan hingga ke peringkat tertinggi.

Namun apa yang ibu bapa mahukan hanyalah melihat kejayaan anak-anak. Cukuplah dengan melihat anak-anak mempunyai kehidupan yang lebih baik sudah membuatkan mereka senang.

Sebagai tanda kasih sayang kepada orang tuanya, seorang juruterbang dari Singapura telah memberi kejutan kepada ibu bapanya di atas pesawat yang mereka naiki dengan membuat sebuah pengumuman.

Raphael Leong telah mendengar bahawa ibu bapanya terbang kembali ke Singapura dari Vietnam selepas menghabiskan percutian mereka di Ho Chi Minh City.

Menurut Mashable, juruterbang berumur 36 tahun itu mengambil kesempatan untuk bertukar waktu kerja dengan rakannya semata-mata untuk menerbangkan kapal terbang yang dinaiki oleh ibu bapanya.

Dalam video itu, Raphael dapat dilihat dengan menggunakan telefon untuk mengalu-alukan penumpang masuk ke dalam perut pesawat.

Dia kemudian mengumumkan bahawa pesawat JetStar Asia 3K558 kembali ke Singapura adalah sebuah penerbangan yang istimewa buat dirinya kerana ketika ibu bapanya terbang dalam pesawat yang akan dia pandu sendiri.

“Ini adalah kali pertama dalam hidup saya mereka akan berada di dalam penerbangan yang akan saya terbangkan. Saya tidak tahu sama ada mereka tahu tapi … Hi Pa! Hi Mom!” katanya dalam video yang menyentuh hati itu.

“Surprise! Saya sayangkan awak,” katanya lagi.

Semasa pengumumannya, ibu Raphael sebenarnya sedang berada di dalam tandas pesawat.

“Saya mengharapkan dia (ibunya) menjadi seperti … ‘Hei, yeah!’ Tetapi saya baru melihat ayah saya melambai,” ujar Raphael.

Nasib baik juga, ibunya Rosalind masih dapat mendengar suara anaknya melalui pembesar suara di tandas dan dia begitu gembira mendengar suara itu!

JetStar Asia/Facebook

Raphael selalu bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang dan menurut Mashable, sudah setahun Raphael berjaya memenuhi impiannya dan kini dia bekerja di JetStar Asia.

Mashable

Selepas mencapai impiannya untuk menjadi seorang juruterbang, dia ingin mempunyai peluang untuk menerbangkan ibu bapanya dalam kapal terbang yang diterbangkan dan siapa sangka impiannya itu juga menjadi kenyataan!

Sumber: SAYS, Jetstar Asia|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular