- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Anak kedua lebih nakal berbanding sulung, dedah kajian saintifik

Cahaya mata merupakan satu kurniaan yang tidak ternilai khususnya buat kedua ibu bapa. Ianya amat bermakna lebih-lebih lagi jika kehadirannya sangat dinanti-nantikan oleh keluarga. Namun, tahukah anda sebenarnya, anak-anak mempunyai personaliti yang berbeza mengikut kelahiran masing-masing?

Anak sulung lazimnya sangat patuh dan berdisiplin. Pendek kata, mudah juga mahu membesarkan anak sulung walaupun tidak mempunyai pengalaman membesarkan anak sebelum itu. Lain pula halnya dengan anak kedua. Anak kedua didakwa sedikit berbeza dan agak misteri.

Tidak percaya? Cuba perhatikan adik beradik anda yang merupakan anak kedua. Menurut Joseph Doyle, selaku ketua penyelidikan dari Denmark mendapati bahawa anak kedua berkemungkinan mempunyai lebih banyak masalah dalam tingkah laku berbanding anak yang lain.

(Gambar hiasan) Practical Parenting [1]

Namun, anak kedua mempunyai sifat yang lebih matang dan dewasa dalam segala hal. Selain itu, kajian yang dijalankan juga mendedahkan bahawa lelaki yang merupakan anak kedua adalah 20%-40% berkemungkinan lebih berdisiplin di sekolah daripada kakak atau abang mereka.

Selain daripada itu, anak kedua mungkin akan mengalami sindrom anak kedua yang membawa maksud bahawa sesetengah ibu bapa berasa tidak begitu teruja atau tidak beria semasa meraikan kelahiran mereka seperti anak yang pertama. Barangkali ia berlaku tanpa disedari ibu bapa.

Jika anak kedua anda adalah lelaki, maka hormon kelakian mendorong untuk mereka menjadi lasak, berani dan sukakan cabaran. Munurut kajian juga, mereka lebih cenderung untuk mempercayai rakan berbanding ibu bapa.

Gambar Hiasan | Justin Young [2] – Unsplash [3]

Hal ini mungkin disebabkan oleh mereka berasa terpinggir dan kurang istimewa di mata ibu bapa. Mereka juga lebih mudah bergaul dan mesra dengan orang lain berbanding dengan anak-anak yang lain. Cuba perhatikan anak kedua anda.

Kesimpulannya, semua anak yang dilahirkan adalah istimewa dan mempunyai personaliti yang tersendiri dan unik. Mereka mempunyai kekuatan masing-masing. Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi sepenuh perhatian dan dorongan kepada semua anak-anak bagi mengelakkan mereka berasa terasing.

Hal ini mungkin anak kedua lebih berasa terasing atau kurang istimewa di mata ibu bapa mereka. Ia dilihat, mereka lebih mudah bergaul dan mesra dengan orang ramai daripada sifat anak-anak yang lain. Ibu bapa yang bijak pasti dapat menghalakan kecenderungan emosi dan fizikal anak-anak ke arah yang baik.

Sumber: Practical Parenting [1]

loading...