Dengan kepelbagaian teknologi yang semakin berkembang dari semasa ke semasa, kita boleh menikmati pelbagai perkara yang menarik di dunia ini. Dan salah satunya adalah, bulu mata palsu yang berlampu. Menarik!

dudeiwantthat.com

Salah satu penciptanya, Then Pham, telah mempamerkan ciptaan menarik itu di sebuah pameran teknologi. Ternyata, ciptaan aneh dan luar biasa itu telah menarik perhatian ramai orang.

Produk bulu mata palsu yang bercahaya itu boleh didapati dengan pelbagai warna, termasuk merah muda, merah, biru muda, putih, kuning dan hijau.

lifeandstylemag.com

Untuk menggunakan bulu mata palsu ini sebenarnya tidaklah begitu sukar kerana produk ini hanya menggunakan gam bulu mata palsu yang biasa digunakan.

Walau bagaimanapun, produk ini disertakan dengan bateri jam bersaiz kecil yang dipasang di bahagian belakang produk dan saiznya terlalu kecil sehingga tidak akan mengganggu penggunaan bulu mata palsu ini.

Cara pemakaiannya juga mudah kerana tempoh yang diperlukan untuk memakainya adalah tidak lebih dari dua minit. Selain itu, produk ini juga boleh digunakan semula sebagai bulu mata palsu biasa.

Oleh kerana produk ini hanya menggunakan satu bateri jam kecil, maka pengguna tidak perlu bimbang kerana produk ini tidak memancarkan haba dan tidak memberi kesan kepada pengguna.

lifeandstylemag.com

Lebih penting lagi, Pham menjelaskan bahawa cahaya dari bulu mata palsu ini tidak akan membahayakan mata. Malah, katanya, dia berkali-kali tidak perasan bahawa terdapat bulu mata palsu yang bercahaya di matanya. Pengguna juga hanya akan melihat sedikit cahaya di dalam bilik gelap.

Pada masa ini, produk ini masih belum lagi terdapat di pasaran, tetapi para pengeluar mengatakan bahawa mereka akan melancarkan kempen produk ini tidak lama lagi. Pham berkomitmen untuk tidak menetapkan harga yang sangat tinggi bagi jualan produk ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular