Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sekumpulan anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia memuat naik kiriman yang menunjukkan mereka sedang menjalankan misi menyelamat seekor kucing yang berada di balkoni bangunan tinggi yang terletak di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Melalui kiriman yang dimuat naik ke laman Friends of Bomba Malaysia itu, enam sepasukan itu berusaha menggunakan pelbagai jenis alatan khas yang lazimnya digunakan untuk kerja-kerja membersihkan tingkap bangunan tinggi bagi menyelamatkan nyawa haiwan yang sangat comel itu.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Walaupun berdepan dengan halangan seperti bentuk bangunan yang tidak teratur dan angin yang memburukkan lagi risiko operasi menyelamat, namun pasukan penyelamat itu tetap menjalankan tugas mereka sehabis baik.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Ternyata, kongsian ini telah membuatkan ramai pengguna internet berasa teruja dan berterima kasih kepada anggota penyelamat. Antaranya meninggalkan komen seperti yang berikut:

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Walaupun kiriman itu tidak menyebut bagaimana kucing itu boleh berada di tebing bangunan tinggi itu, namun perkara yang lebih penting adalah hakikat bahawa si comel itu kini selamat.

Friends of Bomba Malaysia/Facebook

Tahniah, pasukan Bomba dan Penyelamat!

Sumber: World of Buzz, Friends of Bomba Malaysia | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular