ISTANBUL: Tindakan pantas seorang remaja yang berjaya menyelamatkan nyawa seorang anak kecil berusia dua tahun daripada tercampak dari tingkap di tingkat dua rumahnya baru-baru ini, akhirnya ‘berbayar’ selepas diangkat sebagai wira.

Astro Awani

Memetik agensi berita Dogan, kejadian berkenaan berlaku ketika Fawzi Zabaat sedang berjalan di kawasan rumahnya di daerah Fatih di Istanbul sebelum terlihat seorang anak kecil perempuan yang sedang bermain berhampiran tingkat di kediaman keluarganya.

TheSun|YouTube

Kejadian berkenaan tidak disedari ibu anak kecil itu kerana sedang memasak di dapur.

Aksi pantasnya yang berjaya menyambut anak kecil berkenaan yang dikenali Doha Muhammed itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

TheSun|YouTube

Malah tindakan pantas remaja berusia 17 tahun itu turut menjadi tular di media sosial.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana sempat menyelamatkannya sebelum dia jatuh ke tanah,” katanya.

Doha bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Sebagai menghargai jasa remaja berkenaan, keluarga Doha turut memberikan sumbangan ikhlas sebanyak AS$35 (RM144) sebagai membalas jasanya yang menyelamatkan nyawa si kecil berkenaan.

Rakaman video mengenai kejadian tersebut:

TheSun|YouTube

Sumber: Astro Awani , TheSun|YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular