Kesakitan seorang pesakit selama 48 jam di bahagian telinga akhirnya terjawab selepas doktor menemukan seekor cicak di dalamnya.

Memetik ladbible.com, doktor yang bertugas, Dr. Varanya Nganthavee berkata, dia terkejut selepas menemukan haiwan tersebut di dalam telinga pesakitnya pada hari pertama dia bertugas di Hospital Rajavithi di Bangkok, baru-baru ini.

Astro Awani

“Ia adalah kes terakhir saya pada hari tersebut. Saya keliru. Bagaimana cicak sebesar itu boleh memasuki lubang telinga?” menurut kapsyen gambar yang dimuat naik olehnya di Facebook.

Doktor muda yang berusia 25 tahun itu turut melahirkan kebimbangan sekiranya terdapat bahagian anggota lain haiwan itu tertinggal di dalam telinga pesakitnya selepas cicak tersebut dikeluarkan menggunakan titisan anestetik dan penyepit kecil.

Keesokan harinya, Dr. Varanyaa membawa pesakitnya ke pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) .

Varanya Nganthavee/Facebook

“Doktor mengesahkan masih terdapat ekor cicak terbabit. Saya sangat gembira! Doktor itu turut memuji saya kerana melakukan tugas dengan baik,” ujarnya.

Difahamkan, ia adalah sejenis cicak rumah yang digelar Jing Jok yang biasa ditemukan di Thailand.

Tetapi bagaimana haiwan tersebut masuk ke dalam telinga dan berada di dalamnya selama 48 jam turut membingungkan doktor.

Sumber: Astro Awani , Ladbible

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular