- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Penemuan bakteria dalam air minuman di Singapura – Malee Mineral Water beri kerjasama penuh bantu siasatan

KUALA LUMPUR – Malee Mineral Water Sdn Bhd, jenama air botol dari Malaysia yang dilarang oleh Singapura memasuki negara itu selepas penemuan bakteria dalam sampelnya, telah mengeluarkan satu kenyataan, dengan mengatakan mereka sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi makanan Singapura untuk meneliti kejadian itu.

“Kami sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Makanan Singapura untuk menyiasat sepenuhnya kejadian ini,” kata Pek Woei Yi, pengarah Malee dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media pada 30 Jun. 

Malee Mineral Water Sdn Bhd/ Facebook [1]

Tambahnya, “Harap maklum bahawa pihak kami sedang melakukan segalanya dalam kemampuan kami untuk menyelesaikan perkara ini.”

Menurut Malee, produk Sukahati, Ro Fina dan Still tiada kaitan dengan insiden itu dan tidak diedarkan di Singapura.

Syarikat pengeluar air botol dari Malaysia itu berkata bahawa syarikatnya mengambil perhatian yang serius dalam kes ini.

Pek berkata, “Prosedur dan proses pengeluaran serta tindakan pembetulan dilakukan dengan menurut garis panduan serta piawaian Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan ISO22000 dan HACCP yang kami ikuti dalam pengeluaran harian syarikat.”

Malee Mineral Water Sdn Bhd [2]

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pihak kementerian memerlukan lebih banyak maklumat untuk menjalankan siasatan tersebut memandangkan mereka menyedari bahawa terdapat beberapa produk Malee yang dijual dalam pasaran tempatan.

“Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai produk dan keluaran apa yang telah terkena serta punca masalah itu,” kata Dr Lee Boon Chye.

“Sekiranya produk yang dijual di negara ini terjejas, pihak kami akan segera mengingatkan untuk menarik balik produk di pasaran,” katanya dalam sidang akhbar di majlis Makan Malam Persatuan Pemborong dan Peruncit Sayur-Sayuran di Kuala Lumpur pada 29 Jun.

Timbalan Menteri Kesihatan itu juga memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap Malee menurut peruntukan Akta Makanan 1983 jika didapati bersalah.

Farhan Najib/Malay Mail [3]

Menurutnya, Kementerian Kesihatan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggalakkan semua industri yang berkaitan makanan menggunakan sistem dan landasan yang betul serta menggunakan sistem jejak dalam memastikan produk makanan kekal bersih serta selamat kepada pengguna.

“Dengan sistem jejak, kita dapat memastikan proses pengeluaran dan pengedaran produk makanan, bermula daripada pembungkusan kepada logistik sehingga kepada penghantaran, kekal berada dalam keadaan selamat. 

“Melalui sistem ini, sekiranya terdapat masalah kebersihan, kita akan ingat untuk mengetahui di mana produk itu telah pergi seperti sama ada ke kedai atau pasar, dan dari situ kita dapat mengesan punca masalah itu,” kata Dr Lee Boon Chye kepada Bernama [4].

Sumber : BERNAMA, New Straits Times [4]SAYS [5]

loading...