KUALA LUMPUR: Seorang pelawak senior ditahan bersama dua rakannya selepas didakwa terlibat dalam kes pergaduhan di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras di sini sekitar jam 6 petang, Selasa lalu.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed berkata, pelawak berusia 41 itu turut diarah menjalani ujian saringan air kencing berikutan penemuan paket berisi dadah daripada salah seorang suspek wanita yang juga kenalan pelawak terbabit.

Astro Awani/PDRM

Ketika pemeriksaan badan dilakukan, pihak polis juga menemukan sepeket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.55gram ke atas seorang suspek wanita.

Terdahulu, polis menerima laporan berhubung kes pergaduhan dalam hotel itu sebelum bergegas ke lokasi.

“Pelawak senior terbabit ditahan bersama seorang lelaki dan seorang wanita berusia 35 dan 25 tahun di lobi hotel berkenaan,” katanya yang dipetik Astro Awani.

Mokhsein berkata, siasatan mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor.

Pressconnects/Dadah jenis Methamphetamine-Gambar Hiasan

Media tempatan sebelum ini melaporkan, pelawak itu pernah ditahan polis atas kesalahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di Subang Jaya pada Julai 2015.

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Manakala, dua lagi rakannya didapati positif dadah jenis amphetamine dan ditahan selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Rakan lelaki pelawak disiasat di bawah seksyen 15(1)(A) ADB 1952 manakala wanita tersebut disiasat dibawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(A) ADB 1952.

Sumber: Astro Awani, Sinar Harian

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular