HONG KONG – Bantahan warga Hong Kong terhadap kerajaan dan rejim China yang ingin meluluskan rang undang-undang ekstradisi terus memuncak dan semakin meningkat apabila mereka mula berkumpul berdekatan ibu pejabat kerajaan di Admiralty seawal jam 4.00 pagi waktu tempatan pada 1 Julai 2019, dengan perarakan yang bermula pada waktu tengah hari.

1 Julai menandakan ulang tahun penyerahan Hong Kong oleh kerajaan United Kingdom kepada China yang berada di bawah rejim Parti Komunis China, pada tahun 1997.

Kin Cheung/AP 

Menjelang jam 6.00 pagi waktu tempatan, bilangan penunjuk perasaan yang berkumpul di Lung Hop Street di Admiralty mula meningkat iaitu kira-kira 100 orang yang berjalan menuju ke bangunan Majlis Legislatif Hong Kong (LegCo) sambil memegang payung, demikian menurut media tempatan.

Sementara itu, kira-kira 200 orang telah berkumpul di Harcourt Road pada jam 7.00 pagi dengan pihak polis yang lengkap dengan peralatan mengawal rusuhan dilihat sudah berada berdekatan. Beberapa minggu sebelumnya, ratusan ribu penunjuk perasaan telah berkumpul di Harcourt Road bagi meminta kerajaan menarik balik rang undang-undang ekstradisi dari dibahaskan dan meneruskan undian oleh ahli legislatif yang majoritinya adalah pro-Beijing.

Vivek Prakash/AFP/Getty Images

Media Hong Kong melaporkan pada 1 Julai, Ahli Parlimen Hong Kong, Jeremy Tam dari Parti Sivik yang pro-demokrasi, turut berada di lokasi bersama penunjuk perasaan pada awal pagi.

Sebahagian penunjuk perasaan melaungkan slogan “Kembalikan kepada kami Golden Bauhinia Square,” sementara yang lain mengibarkan bendera “Black Bauhinia”. Bauhinia atau Pokok Orkid Hong Kong menjadi simbol Hong Kong semasa wilayah itu berada di bawah jajahan British.

Vivek Prakash/AFP/Getty Images

Sekitar jam 7.00 pagi, dilaporkan bahawa pihak berkuasa dan pengurusan metro Hong Kong telah menutup dua stesen di Wan Chai dan Admiralty bagi menghalang lebih ramai penunjuk perasaan dari bergerak dan menyertai penunjuk perasaan yang sudah keluar lebih awal. Tidak diketahui berapa lama penutupan tersebut akan berlangsung.

Upacara menaikkan bendera Hong Kong diadakan pada sekitar jam 8.00 pagi waktu tempatan di Golden Bauhinia Square, yang dihadiri pemimpin Hong Kong, Carrie Lam. Jamuan meraikan hari ulang tahun penyerahan telah diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong, yang terletak di dataran tersebut. Upacara menaikkan bendera berakhir pada jam 8.15 pagi.

Anthony Wallace/AFP/Getty Images

Di Harcourt Road, polis tempatan dilaporkan menggunakan semburan lada untuk menyuraikan penunjuk perasaan pada sekitar jam 7.30 pagi.

Beberapa penunjuk perasaan berkumpul di Citic Tower dan sebuah ambulans dilaporkan kelihatan untuk membantu penunjuk perasaan yang tercedera. Tidak diketahui bagaimana penunjuk perasaan berkenaan telah cedera. Media HK01 melaporkan bahawa Ahli Parlimen dari Parti Demokratik Roy Kwong telah membantu membuat panggilan ambulans tersebut.

Vivek Prakash/AFP/Getty Images

HK01 juga melaporkan beberapa penunjuk perasaan juga telah mula berkumpul di Lung Wo Street yang berada berhadapan dengan bangunan Majlis Legislatif Hong Kong (LegCo).

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL Kebenaran

Video Popular