Seekor kucing yang berminat mahu menyaksikan pameran seni di dalam kampus universiti telah dihantar keluar oleh pengawal keselamatan, dan membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagatnya.

Skyler Chui/Facebook

Skyler Chui/Facebook

‘Tragedi’ ini telah dikongsikan oleh seorang pelajar, Skyler Chui pada 27 Jun 2019 di laman Facebooknya. Kirimannya menulis:

“Kucing ini berjalan-jalan ke kampus kami untuk menikmati pameran seni WC Sin hari ini dan ini adalah perkara paling hebat yang pernah saya lihat tetapi dengan cepat kucing ini dihantar keluar :((

Suntingan: Saya ingin menjelaskan bahawa pengawal itu sangat baik dan mengusap kucing itu terlebih dahulu sebelum mengangkatnya seperti bayi. Dia juga membenarkan saya duduk di luar supaya saya dapat melukis kucing ini tanpa diganggu oleh orang lain.”

Skyler Chui/Facebook

Chui kemudian memuat naik lakarannya di laman Twitter:

Skyler Chui/Twitter

Skyler Chui/Twitter

Setelah kirimannya menjadi tular, netizen mendedahkan bahawa kucing tersebut bernama HotDog.

Seorang pengguna Facebook mendedahkan bahawa HotDog sering berehat di luar kampus universiti.

Skyler Chui/Facebook

Skyler Chui/Facebook

Seorang lagi pengguna berkongsi gambar HotDog yang sedang tidur di tengah-tengah laluan, dengan sangat selesa:

Skyler Chui/Facebook

Ternyata, HotDog sangat terkenal sebenarnya!

Sumber: Skyler Chui/Facebook, Skyler|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular