Untuk membesarkan anak semestinya bukan suatu perkara yang mudah. Malah, untuk membesarkan mereka juga boleh dianggap sebagai suatu cabaran yang besar.

Ketika mereka masih kecil, ibu bapa masih boleh menasihati mereka dengan cara yang lembut dan berhemah, namun, apabila mereka meningkat dewasa, ibu bapa perlu menggunakan cara yang agak berbeza agar anak-anak boleh mendengar nasihat mereka.

Jason Hilley/Facebook

Itulah hal yang berlaku kepada seorang bapa yang menjadi tular melalui video yang agak lucu ini. Dalam video tersebut, Jason Hilley, seorang bapa dari Orlando, Florida, memutuskan untuk mengajar anak perempuannya mengenai fesyen yang mungkin tidak akan dilupakannya dalam masa terdekat.

“Kendall, kita perlu berbincang,” kata Jason sebaik sahaja memasuki bilik anak perempuannya sambil memakai seluar pendek wanita. 

Jason Hilley/Facebook

Melihat pemakaian bapanya, anak perempuannya terkedu sebelum mula ketawa menahan perasaan kerana melihat bapanya.

Jason kemudian mencabar anaknya untuk memakai seluar pendek yang baru-baru ini dibeli supaya mereka dapat melihat siapa yang boleh menggayakannya dengan lebih baik.

Jason Hilley/Facebook

“Saya akan mengambilnya dari sekolah dengan memakai seluar ini,” Jason memberitahu isterinya.

Anak perempuannya yang tidak berpuas hati kemudiannya memakai seluar pendek yang baru dibelinya itu dan menegaskan bahawa seluar itu tidak terlalu pendek tetapi Jason dengan segera membalas, “Tidak, seluar saya juga tidak terlalu pendek!”

Jason Hilley/Facebook

Jason memuat naik video yang mencuit hati ini dengan menulis:

“Kamu pakai seluar itu di khalayak ramai, saya juga akan memakai seluar pendek saya.”

Video itu telah mendapat jutaan tontonan di Facebook dan beribu-ribu komen positif dari netizen yang memuji Jason sebagai wira untuk melakukan tindakan sebegitu.

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular